• Mahasiswa + Usahawan @ FKEE



    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana kembali ada ruang untuk menulis dalam catatan blog ini. Agaknya, sudah setahun saya menyepikan diri dalam dunia blog ini kerana agak sibuk dengan komitmen seharian di kampus.

    31 Mei 2016, saya telah dijemput oleh YBrs Timb Dekan HEPA FKEE, Dr. Maisara Othman untuk berkongsian pengalaman dan ruang bagi pelajar FKEE menjadi usahawan. Pertamanya, saya amat terharu dan bersyukur dengan ruang ini. Sebelum saya menghabiskan tempoh saya di UTHM, saya diberikan ruang untuk berkongsi ilmu yang terhad ini kepada rakan-rakan di FKEE.

    Seronok saya melihat ada golongan istimewa ini di FKEE. Menjadi usahawan di Universiti bukanlah mudah, perlu pandai membahagikan masa yang sama dengan komitmen untuk menjayakan keduanya. Berkongsi idea dan visi bersama golongan ini adalah satu peluang yang cukup berharga. Bagi saya, ilmu adalah untuk diturunkan, bukan disimpan sehingga berkarat dalam otak.

    Dalam sesi ini, saya berkongsi peluang dan ruang yang UTHM berikan bagi meraikan golongan ini mewakili Pusat Perniagaan dan Keusahwanan UTHM. Di akhir sesi, saya berkongsi ilmu mengenai cara untuk membina Business Model Canvas (BMC) versi ringkas dengan menggunakan VOICE Canvas (Value, Opportunity, Innovation, Customer, Economy). 

    5 kumpulan berjaya membentangkan idea mereka bagi startup bisnes dengan hanya 10 minit sahaja iaitu Bisnes Perkhidmatan Gunting Rambut bergerak, Makanan Italy, Menjahit Baju, Makanan Ringan dan juga Spa Kecantikan. Tahniah. Mereka hebat. Siapa kata budak engineering tak boleh berjaya dalam bisnes? Mereka kreatif dan berani. Cuba perlu disua ruang dan peluang.

    In sha Allah, dengan perkongsian yang serba ringkas ini, adalah diharapkan mereka mampu untuk menyusun strategi yang kemas bagi memperkasakan bisnes yang bakal dijalankan.

    Sekali lagi, terima kasih FKEE atas peluang yang cukup hebat.

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan