• Pendapat : Orang Gila dan Waras!

    Tajuk : Orang Gila Tidak Akan Cakap Yang Dia Gila tetapi Orang Yang Betul-Betul Gila Sahaja Yang Tidak Mengaku Dia Gila....



    Kita barangkali pernah melihat individu sebegini pabila berjalan di tempat-tempat awam. Berkaki ayam, melakukan kerja-kerja pelik, terhoyong hayang, main suka sahaja menyapa orang tidak tentu pasal dan berpakaian selekeh. Kita sering memandang jijik dan hina pada insan sebegini tetapi pernahkah kita bertanya pada diri kita, mengapa orang itu nasibnya sebegini? Atau lebih mudahnya, bagaimana jika kita berada di tempat dia dan dia berada di tempat kita sekarang? Pasti terdiam kita dibuatnya.....

    Tajuk saya kali ini adalah, ORANG GILA TIDAK SESEKALI CAKAP YANG DIA GILA TETAPI ORANG YANG BENAR-BENAR GILA SAHAJA YANG TIDAK MENGAKU DIA GILA. Wah, namapak serius sahaja topik ini. Hahaha, mari kita huraikan secara santai dan rileks.

    Sesekali jika kita berjalan di tempat awam seperti Petaling Street, Chow Kit dan Pasar Seni, kita pasti akan melihat seorang dua yang melakukan perkara-perkara pelik sebegini. Kadang kala, orang gila ini berperangai seperti orang kaya, orang hilang anak ataupun orang yang berkerja dan berpangkat tinggi. Bagi saya, mungkin inilah kerja mereka sebelum mereka berubah profession untuk menjadi orang gila. Kadang kala saya berasa agak simpati dengan nasib mereka tetapi apakan daya, dah itu takdir untuk mereka. Mungkin ia sebagai pengajaran pada yang lain.

    Malangnya, sudah menjadi resmi manusia. kita ini terlalu takbur dengan nikmat yang diberi kepada kita. Kita memandang hina pada golongan ini. Ingat, tuhan itu maha adil dan kaya, bila-bila masa sahaja nikmat akal kita boleh ditarik. Jangan kerana nasib kita lebih baik, kita terus memandang hina pada golongan ini.

    Saya ingin menarik perhatian para pembaca, pernahkah kita bertanya pada golongan ini soalan, "adakah kamu ini orang gila??" atau "kenapa kamu gila??", saya pasti mereka tidak akan menjawab soalan ini. Bukan kerana mereka segan atau sebaliknya, tetapi keupayaan berfikir mereka sudah tiada. (Dah nama pun gila kan?? Mana ada akal da...) Jadi sudah jelaslah disini, orang yang gila tidak akan mengaku dia gila...

    Ok, bagaimana pula dengan frasa "orang yang betul-betul gila sahaja yang tidak mengaku dia gila"?? Erm, menarik juga ya... Orang ini bukannya gila sampai melakukan kerja seperti dalam gambar, kadang kala mereka ini memakai kot, berkereta besar dan bertali leher, tetapi bertindak seperti orang gila. Malang sungguh mereka ini. Ye la, diberi nikmat akal tetapi tidak menggunakan ia dengan sebaik yang mungkin.

    Kenapa saya katakan mereka yang sebenarnya waras ini orang gila? Bermacam maksiat yang dilakukan oleh golongan yang waras seperti kita ini, rasuah, zina, minum arak dan bermacam lagi. Tidakkah kita takut dengan azab allah yang sememangnya telah termaktub dalam Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

    Cuba kita bertanya golongan ini soalan yang sama pada orang gila tadi. Adakah mereka akan mengaku mereka gila?? Pasti jawapannya lebih kurang sebegini, "Eh, mana ada aku gila, hang tu yang gila kut". Ah, sudah, kita tanya dia gila sebab wat kerja tidak elok, kita pula yang dilabelkan gila. Jadi memang sahlah golongan sebeginilah yang memang gila.

    Kadang kala, kegilaan manusia juga telah meletakkan kita sebaris dengan orang-orang gila ternama.. Gila judi, gila arak, gila perempuan serta bermacam lagi... Dan yang menariknya ia dilakukan oleh golongan yang waras kan?? Ada ke orang gila yang merempat tepi jalan berfoya-foya dengan perempuan?? sedangkan pelacur pun lari kalau jumpa orang sebegini kerana jijik dan hina walaupun pada hakikatnya pelacurlah lebih hina daripada orang gila. Apa mahu buat kan... hahaha..

    Dalam bermotivasi, tidak salah untuk menjadi gila.. Gila untuk mencuba dan melakukan sesuatu yang pelik, tetapi biarlah hasilnya itu bermanfaat untuk manusia sejagat seperti Wright Bersaudara yang mencipta kapal terbang tetapi sebelum itu terhempas beberapa kali mahupun James Watt yang mencipta mentol bukannya jadi orang gila yang menyemak di mata dan menyusahkan orang. Yang menariknya, orang gila yang tidak berakal ini tidak menyusahkan orang berbanding orang gila yang berakal ini.

    Jadi, ayuh kita renungkan hal ini. Persoalannya, wajarkah kita memandang orang-orang gila tidak berakal ini hina?? Dan bagaimana pula dengan orang-orang yang waras tetapi bertindak seperti tiada akal?? Mana lagi hina??

    Oleh yang demikian, memang benarlah petikan tajuk kita pada hari ini, "Orang Gila Tidak Akan Cakap Yang Dia Gila tetapi Orang Yang Betul-Betul Gila Sahaja Yang Tidak Mengaku Dia Gila...."

    Salam Ikhlas, Idham Mahdi :)

    p/s : Catatan ini ditulis sebagai kesinambungan kepada status Facebook saya pada hari ahad (15 November 2009) yang lepas.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan