Reunion 6 Arif SRK Padang Tembak 2, 2003

Akhirnya, setelah hampir tujuh tahun berpisah dan masing-masing membawa haluan sendiri, maka dengan bangganya kami pasukan Reunion SKPT2 2010 membawakan Majlis Gathering I 6 Arif 2010 yang akan diadakan pada butiran berikut;

Tarikh : 16 Mei 2010
Tempat : Tidak pasti
Masa : 10 a.m hingga 6.00 p.m
Hari : Ahad
Tema : Let's Groove




Oleh yang demikian, pihak penganjur masih lagi tercari-cari tempat yang sesuai untuk menganjurkan acara berprestij ini. Kami bercadang supaya ia diadakan di dalam KL sahaja.
Berikut adalah senarai tempat yang dirasakan sesuai untuk gathering kali pertama ini;

1. Sunway Lagoon
2. Berjaya Times Square
3. Mid Valley Megamall
4. SK Padang Tembak 2
5. Restoran Nelayan Titiwangsa...

Saya telah menyediakan ruangan untuk mengundi tempat yang sesuai pada ruangan atas penulisan blog ini dan diharap agar anda menggunakan ruang itu untuk mengundi tempat yang sesuai.

Ataupun anda boleh mencadangkan kepada kami tempat dan masa yang sesuai untuk gathering kita buat julung-julung kalinya. Segala kerjasama anda amat dihargai dan semoga gathering kita pada kali ini berjaya.

Sekiranya anda boleh menjadi penaja ataupun mencari penaja, itu amatlah dialu-alukan. Anda juga diminta menyediakan sejumlah wang untuk perbelanjaan sepanjang gathering ini nanti.

Untuk maklumat dan maklum balas lanjut, anda bolehlah hubungi saya di talian 017-3386332 ataupun emel saya xerox_91@yahoo.com.my. Jika tidak keberatan, sila sms atau hantarkan pesanan mel alamat rumah anda atau emel anda ke no telefon dan emel saya sebentar tadi untuk tujuan rekod. Blog Cak-LemPong! ini juga secara rasminya akan menjadi blog rasmi untuk acara gathering kita yang pertama ini. Sebarang informasi bolehlah merujuk pada blog ini.

Jumpa disana...

Salam Ikhlas - Idham Mahdi, UTMIC, KL


EmoticonEmoticon