Pentasan Dunia


Ada orang mengikat perkahwinan
Ada insan bersedih penceraian
Ada pasangan menyambut kelahiran
Ada keluarga meratapi pemergian
Itulah cerita caturan Tuhan
Aturan alam sejak zaman berzaman
Hingga satu waktu bumi kan kelam
Menunggu hari untuk pembalasan...

Ya, kita juga pasti ada ceritanya
Ada yang baik, ada juga sebaliknya
Hidup perlu diteruskan dengan sebaiknya
Mengumpul saham-saham akhiratNya
Supaya selamat di alam BaqaNya..

Takziah buat yang telah pergi
Damailah kau disana
In sya Allah kami disini
Akan menyusul kelak.

Tahniah buat yang mengikat janji
Hiduplah bahagia pasangan disisi
Kurniakan mereka zuriat berkualiti
Seimbang dunia dan ukhrawi

Buat yang berduka
La takhzan kata Baginda (Nabi SAW)
Ada hikmah dalam berduka
Diganti nikmat dari maha Kuasa.

In sha Allah.
Setiap sesuatu ada sesuatu... sangka baik.

P/s : Takziah buat keluarga Bob, keluarga Cikgu Rosnani (Fathi), Keluarga Raja Arab Saudi dan keluarga muslimin dan muslimat yang telah kehilangan mereka yang tersayang spjg dua minggu ini. Semoga roh mereka tenag dan ditempatkan dalam kalangan beriman.
Tahniah buat Kak Mai (Bejb) dan mereka yang mendirikan rumah tangga baru-baru ini. Semoga terbentuk keluarga sakinah, dikurniakan zuriat yang soleh solehah dan dirahmati Allah senantiasa.
Buat yg sedang berduka, janganlah bersedih. In sha Allah, percaturan Allah itu sebaik2 pengaturan.


EmoticonEmoticon