• Felda dan Tun Razak : Sebuah Legasi Kemajuan Rakyat Malaysia

    Yang Amat Berbahagia Almarhum Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua
    Pengasas Idea Felda


    FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, pastinya tidak dapat dipisahkan dengan negarawan ulung, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri yang kedua. Tun Abdul Razak amat prihatin terhadap masalah kemiskinan masyarakat luar bandar dan komited untuk melihat perubahan keadaan ekonomi dan sosial masyarakat luar bandar. Beliau pernah merasai keperitan hidup dalam serba kekurangan semasa membesar dan bersekolah.


    Kini, FELDA telah berusia 55 tahun. Menyingkap sejarah, Tun Abdul Razak telah menubuhkan jawatankuasa yang dikenali sebagai “Government Working Party” pada Ogos 1955. Berdasarkan laporan dan cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini, pada 1 Julai 1956, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Development Authority (FELDA) ditubuhkan secara rasmi di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.


    Pada 1 Ogos 1956, D.E.M Fiennes telah dilantik sebagai pengerusi pertama FELDA. Pada peringkat awal penubuhannya, FELDA berperanan menyalurkan peruntukan kewangan kepada Rancangan Kemajuan Tanah Kerajaan negeri. Projek pertama di bawah pembiayaan FELDA ialah Projek Rancangan Kemajuan Tanah, Air Lanas, Tanah Merah, Kelantan seluas 1680 hektar pada Mac 1957. Rancangan-rancangan awal pembangunan tanah oleh FELDA ini meliputi tempoh Rancangan Malaya Pertama, iaitu dari 1956 hingga 1960. Bagi memastikan projek ini berjaya, Tun Abdul Razak telah turun padang merentas kampung dan desa bagi meninjau dengan lebih dekat setiap projek yang dilancarkan oleh kerajaan. Tun Abdul Razak sanggup berhujan, berpanas, mengharung belukar, lumpur, titi dan jambatan untuk berjumpa dengan penduduk luar bandar. Tun Abdul Razak bermesra, berbincang dan mendengar sendiri rintihan rakyat.


    Lambang Felda, Keunggulan Intelek Orang Melayu


    Selepas kemerdekaan negara pada 1957, FELDA diletakkan di bawah Kementerian Sumber-sumber Asli. Kemudian, diletakkan pula di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang ditubuhkan pada 17 November 1959. Kementerian ini diterajui oleh Tun Abdul Razak sendiri yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri.

    Sumber : Arkib Negara
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan