Prof Khairil Annas Jusoh : Sinergi Orang Muda dan Hasrat Negara Menunjangi 1 Malaysia



Syukur ke hadrat Illahi kerana sekali lagi, saya diberikan peluang untuk sama-sama menimba ilmu di atas muka bumi Allah yang luas dan serba kaya ini. Pada hari ini, saya ingin merafakkan kesyukuran kerana sekali lagi saya dapat bersama-sama berkongsi buah fikiran saya bersama rakan-rakan maya saya (ehem..ehem...Bukan Maya Karin ya, cuma rakan seperti anda semualah, yang sedang membaca blog saya kali ini....)

Catatan hari ini, saya ingin bersama-sama berkongsi dengan rakan-rakan saya menngenai sedikit ilmu yang telah saya cendok semasa menghadiri Program Membangun Personaliti Unggul (MPU) bersama Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Khairil Annas bin Jusoh, Pegawai Khas YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Untuk makluman kalian, program ini anjuran UTM International Campus sejak tahun 2008 lagi dan bertujuan untuk membangunkan personaliti unggul dalam kalangan warga UTM. Yang menariknya mengenai program kali ini, inilah kali pertama mahasiswa dijemput untuk menghadiri program ini.
Prof Khairil bersama TPM, YAB TS Muhiyidin Yassin membelek buku tulisannya, Evolusi Kepimpinan


Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Khairil Annas bin Jusoh, anak jati Pulau Mutiara Pulau Pinang merupakan bekas pelajar Sekolah Alam Shah dan juga Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah dilantik sebagai Professor Tamu UTM dua tahun lepas. Beliau merupakan orang yang bersama-sama dengan YAB Datuk Seri Najib dalam merangka dasar-dasar kepimpinan dan juga ucapan YAM PM Malaysia.

Melihatkan kapasiti dan latar belakang beliau, tidak hairanlah mengapa beliau merupakan Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri. Seorang yang pernah memenangi gelaran Pidato Piala DiRaja dan Pembahas Terbaik Piala Perdana Menteri, kepetahan beliau bercakap dan keyakinan telah berjaya menawan dan mempengaruhi suasana Dewan Besar UTM International Campus.

Malah, kepetahan beliau menjawab soalan daripada hadiran yang bertanya juga sangat lancar dan menampakkan beliau seorang yang cukup berpengetahuan.

Sebagai seorang pegawai khas kepada PM, beliau menjelaskan kepada hadirin bagaimana 1Malaysia itu dirangka sebagai satu kesinambungan kepada 'ekologi' pentadbiran Malaysia yang sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir, hinggalah membawa kepada Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib.

Bagi saya, mengapa 1 Malaysia - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan diterima baik oleh sebilangan besar rakyat Malaysia terutama belia adalah kerana pendekatan kempen dan sinerginya ditiupkan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan belia. Lihat sahajalah penglibatan Prof Khairil dalam penggubalan gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Datuk Seri Najib.

"1Malaysia adalah cara untuk mencapai apa yang telah diperjuangkan oleh Perdana Menteri yang terdahulu, termasuklah Wawasan 2020 oleh Tun Mahathir, Modal Insan (Kelas Pertama) oleh Tun Abdullah dan Negara Maju yang Bependapatan tinggi oleh Datuk Najib"

Dalam ucapan yang berlangsung kira-kira sejam itu juga, beliau mengambil kesempatan menjelaskan isu segelintir rakyat kita yang hanya tahu mengikut sahaja apa yang orang lain lakukan (misalnya bantahan sesuatu isu) tanpa mengetahui apa yang diperjuangkan, rasional Dasar Ekonomi Baru dan juga menyentuh serba sedikit mengenai lanskap politik diluar negara dan perbandingan di Malaysia.

Saya tertarik dengan cara beliau menjawab persoalan daripada salah seorang mahasiswa mengenai isu Dasar Ekonomi Baru yang berbunyi adakah DEB itu hanya memperjuangkan sifat duniawi semata-mata, bukan ukhrawi.

Jawapannya cukup tepat dan padat bagi saya. Dan saya amat tertarik dengan frasa ini;

"Bukankah yang baik untuk duniawi itu adalah yang baik untuk ukhrawi juga"

Satu frasa yang saya rasakan cukup padat dan merungkai satu persoalan yang mungkin jika dapat pada orang lain, haru biru jadinya.

Apa yang saya faham mengenai jawapan beliau adalah, setiap amal yang kita buat didunia ini sekiranya baik, sudah semestinya menjadi satu ibadah buat kita, dan bukankah ibadah itu satu saham ukhrawi untuk masa akan datang?

Yang kedua, jika dilihat daripada sudut dasar itu sendiri, DEB yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan berakhir pada tahun 1990 semasa pemerintahan Tun Mahathir berperanan untuk membangunkan taraf ekonomi orang Melayu itu sendiri yang jauh ketinggalan pada masa itu jika debandingkan orang bukan Melayu (India-Cina) di mana jika kita sedia maklum adalah Melayu itu beragama Islam. Bukankah membangunkan ekonomi umat orang Melayu itu sendiri satu ibadah seperti mana yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.

Yang ketiga, DEBlah yang telah berjasa 'merajinkan' orang Melayu-Islam untuk meneroka hutan dan nikmat Allah supaya dapat dibangunkan untuk kebaikan dan pembangunan orang Melayu Islam. Lihat sahajalah bagaimana FELDA, FELCRA, MARA dan juga pelbagai lagi agensi kerajaan sepanjang tempoh 1971 sehingga 1990 yang telah berjaya mengubah destini anak bangsa. Semuanya tidak terkira. Tanpa DEB, kita tidak akan melihat kejayaan anak bangsa Melayu seperti Kumpulan Naza, golongan Profesional Melayu daripada UKM dan UTM dan juga anak-anak Felda yang mampu belajar di sekolah terkemuka seperti Victoria Institution dan St. John Institution. Pelbagai lagi kejayaan dilakar melalui DEB yang dikatakan 'gagal' oleh segelintir pihak tetapi sebenarnya satu kejayaan hasil kebijaksanaan pemimpin terdahulu.

Angka 19% seperti mana yang disebut oleh Tun Salleh Majid dalam ucapannya dalam Forum Dilemma Melayu bulan lepas adalah sebagi satu angka sahaja, tetapi bukanlah menggambarkan kejayaan keseluruhan DEB itu yang berjaya membantu ramai bumiputera untuk maju kehadapan. Itulah sebenarnya yang patut diabstrakkan, bukan hanya mencanang kegagalan mencapai angka 30% seperti yang dijangkakan.

Secara keseluruhannya, program ini amat berguna bagi saya kerana jarang untuk kita dapat peluang mendengar seseorang yang hebat ini untuk bercakap kerana saya dapat rasakan, beliau mempunyai aura personaliti yang cukup hebat, tidak hairanlah mengapa beliau adalah Pegawai khas PM. Akhir kata, semoga Prof Khairil maju jaya dan teruskan bersama YAB Datuk Najib untuk merangka dasar yang mampu memanfaatkan seluruh warga Malaysia.

-Idham Mahdi-
UTM IC


8 comments

SALAM...TU PROFESSOR MANA DAPAT PHD LA? SAJA MAU TAU? MUNGKIN ON-LINE KA? KLU CAM TU KUCING AKU PUN BLEH DAPEK PROFESSOR LA..

BUKAN PROFESOR DIRAJA TAPI PROFESOR BINI RAJA LA..KAH..KAH..LKHA...A.A.A.A.A.LOKLAK LA LU!!!

Yang pasti hidup beliau lebih berjaya daripada anda, kan?

anon 30 november tanya- mana mamat tu dapat phd ka, dba ka or md ka> tu saja??
anon 23 disember- plak cite psl dia idup berjaya? tang mana yg berjaya dia nya bhai? nak tahu gak..

kawan tu--> anon 30 nov tnya psl kat mana dia buat phd ka, dba ka, md ka??? psl ramai ahli politik yg ntah apa-apa la nie guna pangkal dr bukan pangkal rahim kek depan nama? heheheh?

PERSOALAN AKU: MANA HANG TAHU IDUP ANON 30 NOVEMBER TU LBH CACARMARBA DRP PROFESSOR TETAMU TU? APA DEFINISI BERJAYA DALAM IDUP YANG ANDA GUNAPAKAI - WAHAI ANON 23 DISEMBER- NAK JUGAK TAHU..KT-KOT BOLEH DIGUNAPAKAI OLEH PROFESSOR TETAMU X DIUNDANG TU UNTK DIJADIKAN GAGASAN BERJAYA IDUP1MALAYA???

LAGI SATU ..MANA ANDA TAHU IDUP PROFESSOR TETAMU TAK DIUNDANG ..IDUP DIA LEBIH BERJAYA DARI SEMUA MAHLUK? ANDA TUHAN KA BHAI??? ADA BEBERAPA PERSOALAN YG DIUTARAKAN- SILA JAWAB BHAI ANON 23 DISEMBER 2012 11.45 PTG - ADAKAH IDUP ANDA BERJAYA- BERJAYA TIMES SQUARE ADALAH!!!

saya serahkan kepada kalian untuk menilai siapakan peribadi beliau ini. :) Terima kasih...

TAKEN FROM FMT!

Sodomy 2: Anwar innocent, says Saiful’s dad
G Vinod | March 8, 2013

KUALA LUMPUR: In a shocking move, Saiful Bukhari Azlan’s father told a group of selected media today that Opposition Leader Anwar Ibrahim is innocent of the Sodomy II accusation.
In a hastily arranged press conference, Azlan Mohd Lazim, 60, said that Anwar was a victim of a vile political conspiracy.
“My son was used by several unscrupulous individuals, including Prime Minister Najib Tun Razak’s special officer, Khairul Annas Jusoh.

“These people masterminded the slander against Anwar, using my son,” alleged Azlan.

Last year, Anwar was acquitted by the Kuala Lumpur High Court on charges of sodomising Saiful, his former aide.
The Attorney-General’s Chambers appealed against the verdict and the Court of Appeal is scheduled to hear the case on July 22.

PROFESSOR- PLEASE ENLIGHTEN ME REGARDING THE ABOVE MATTER???

Priffesor kaki BOOTLICKER ni.pasti dapat dato professor cepat sebab jilat buntut PM najib. Buat malu kawan sesekolah saja.

Wallahuaklam... fikir-fikirkan....
Bukan menuduh jauh lagi menghukum... cuma, fikir dan timbangkan..

Try masuk ke pautan di bawah
Thebenchmark0.blogspot.com/2013/10/affidavit-yang-harus-di-ketahui-perdana.html

Betul tu tuan... klu x silap dia pembahas terbaik Piala Perdana Menteri 1986 dari SAS.., junior saya tuh,,,,... cepat betul dpt Prof. Dr.


EmoticonEmoticon