• VOICE Canvas


    1. Merancang perniagaan dengan teliti adalah penting bagi mengurangkan risiko kita daripada mengalami kegagalan dalam bisnes. Pelbagi instrument telah digunakan mereka yang telah berjaya dan bertapak dalam bisnes bagi merancang perniagaan mereka.

    2. Salah satu instrument perancangan awal yang digunakan adalah dengan VOICE Canvas. VOICE bermaksud Value (Nilai), Opportunity (Peluang), Innovation (Inovasi), Customer (Pelanggan) dan Economics (Ekonomi). Instrument ini adalah ringkasan kepada model bisnes canvas yang digunakan oleh dunia bisnes hari ini.

    3. Ilmu ini saya perolehi ketika menghadiri High-Perfoirmance Student Cooperative 2016 di Kelana Jaya. 

    Bagaimana untuk mengisi table ini??

    4. Kenal pasti perniagaan apa yang ingin dijalankan. Makanan?? Kereta sewa?? Pelancongan?? Pilih satu yang spesifik. . 

    5. Value bermaksud apakah nilai yang diberikan dalam projek ini? Apakah faktor WOW yang ditawarkan dengan terhasilnya bisnes yang dicadangkan. Sebagai contoh, Subway adalah sebuah kedai menjual Sandwich. Tetapi, apakah yang membezakan mereka dengan kedai sandwich yang lain? Ianya dipaparkan pada tagline mereka iaitu, Eat Fresh. 

    6. Opportunity adalah kesusahan orang lain yang boleh dijadikan peluang untuk bisnes berkembang. Seorang usahawan yang baik adalah seseorang yang mampu menukarkan masalah kepada keuntungan.

    7. Innovation adalah apa kelainan yang cuba ditonjolkan melalui perniagaan yang dijalankan. Sebagai contoh, mungkin anda merancang menjual cendol, tetapi, apakah keunikan cendol anda? Hidang dalam tempurung kelapa? Tambah percuma?

    8. Customer menceritakan siapa sasaran pelanggan anda secara spesifik. Sebagai contoh, pasukan pemasaran Perodua memasarkan Perodua Alza dengan meletakkan sasaran pelanggan mereka adalah belia yang ingin kereta yang sedikit besar daripada MYVI. Petodua Alza juga sesuai untuk belia yang baru mememulakan keluarga.

    9. Untuk Economics, terbahagi kepada dua, iaitu Cost dan Revenue. Untuk Cost (Kos), senaraikan perbelanjaan penting untuk merealisasikan bisnes anda. Manakala untuk Revenue (Untung), sasarkan apa-apa aktiviti yang boleh dijadikan sasaran untuk anda mendapatkan keuntungan daripada bisnes anda.

    Untuk permulaan, anda boleh menggunakan kanvas ini. Untuk lebih spesifik, Model Kanvas Bisnes adalah lebih baik dan digunakan diperingkat antarabangsa. Jadual ini akan membantu anda membina pelan perniagaan yang lebih baik untuk kegunaan bisnes anda. 
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan