• In Person

    Wan Muhammad Idham Wan Mahdi
    Kuala Lumpur




    sekiranya ada idea atau mungkin cadangan yang mahu dibincangkan secara ilmiah, sila hantarkan ke;
    idham.w.mahdi@gmail.com




    Saya kini masih lagi teruskan pengembaraan saya dalam mencari ilmu di bumi Allah SWT. Lepasan  Diploma dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dengan Kepujian.

    Merupakan anak jati Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berbangga dengan legasi Kampung Semarak, sebuah perkampungan setinggan di mana kini hanya tinggal tapak yang telah diambil alih oleh UTM Kampus Kuala Lumpur, tapak Kediaman Siswa Jaya sekarang dan sebahagiannya tapak Lebuhraya DUKE sekarang.

    Pernah bersekolah di Sekolah Rendah Tunku Ismail, Sg. Petani Kedah (1998-2000)Sekolah Rendah Padang Tembak (2), Kuala Lumpur (2001-2003) sehingga UPSR. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Victoria Institution, Kuala Lumpur (2004-2006), Sekolah Menengah Padang Tembak (2007) dan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Cheras (2007-2008).

    Saya juga aktif dalam kegiatan persatuan dan kepimpinan di peringkat sekolah dan universiti. Saya juga merupakan pemegang sijil komputer CompTia A+ dan juga berkemahiran dalam pengurusan perpustakaan serta kelab dan persatuan mahasiswa.

    Saya aktif dalam kegiatan organisasi komuniti sebagai seorang Sukarelawan Petrosains mulai tahun 2009 dan terlibat dalam beberapa NGO luar seperti IYC dan juga WWF, Malaysia.

    Mulai tahun 2013, saya mula menceburkan diri dengan keusahawanan dalam bidang perniagaan makanan dan runcit.


    Saya gembira sekiranya dapat terus berkongsi idea dan bertukar fikiran dengan kalian. Sudi-sudikanlah mengikut blog saya dan saya gembira dapat berkenalan dengan anda.


       -Idham Mahdi-