Realiti Seorang Pemandu Teksi Bandar


Sembang Pakcik Teksi Kuala Lumpur
=============================
Sharil : Dah lama, pakcik bawa teksi?
Pakcik : Dalam 10 tahun
Sharil : Ini teksi sendiri ke? sewa?
Pakcik : Sewa beli, susah dah nak dapat permit sendiri?
Sharil : Bukan, ada permit Teksi Rakyat 1Malaysia?
Pakcik : Kalau nak tunggu permit mcm tu, tak makan la pakcik anak beranak...
Sharil : Berapa pakcik bayar 1 hari?
Pakcik : RM58 sehari, RM 1740 sebulan, maintenance sendiri..
Sharil : Berapa lama pakcik bawa keta sehari untuk dapat banyak tu...
Pakcik : Nak duduk di KL nie, pakcik kena kerja lebih daripada 12 jam, itu pun baru boleh dapat dalam RM 150, cukup-cukup bayar sewa rumah, anak-anak sekolah, cuma waktu tengah2 bulan susah sebab ramai tak duit nak naik teksi, bla2..bla2
Sharil : (terdiam) sambil mencongak : kalau pakcik ini dapat permit secara individu, bayaran ansuran sebulan hanya RM 700 tetapi sekarang ini pakcik ini terpaksa bayar 1740, syarikat swasta ambil untung secara kasar RM 1040. Kalau pakcik ini dapat sehari RM150 (RM58-sewa, RM30-mnimum minyak /gas, maintenance-RM12 = RM100), gaji pakcik ini hanya RM50 sehari, sebulan RM 1500 itu pun kalau kerja 30 hari, tiada cuti; ini semua menambahkan jumlah kemiskinan bandar. Kalau pakcik ini dapat permit individu; gaji pakcik ini akan berubah dari RM1500 ke RM2540, kehidupan mereka akan lebih senang dan selesa.
Ini semua kesan MONOPOLI dalam sektor ekonomi dan ini baru satu contoh! banyak lagi yang perlu disedari, jika kualiti yang dicari, janganlah sampai rakyat menderita dan sengsara!

Dipetik daripada laman facebook Encik Mohd Sharil Abdullah.


EmoticonEmoticon