• Kenangan Bersama Datuk Aziz Sattar

    Tandatangan Datuk Aziz Sattar pada salah sebuah buku yang saya miliki
    Sebelum bermula program Bicara Tokoh @ KSJ bersempena Open Day Temmasya'11, sy sempat bersembang dengan Datuk Aziz Sattar (Allahyarham) di holding room.
    Ditanya apakah yang paling diingati oleh beliau, beliau melayangkan ingatan kepada sahabat beliau, Allahyarham TS P.Ramlee. Beliau amat menghargai P. Ramlee. Bagi beliau, P. Ramlee ikhlas berkarya dan tidak lokek.
    P.Ramlee adalah insan yg istimewa. Kalau ada duit dalam poket, jika kebetulan ada orang minta derma dengan beliau, beliau beri semua duit dlm poket beliau. Bagi beliau, duit itu Allah bagi utk dia simpan kepada si peminta derma itu. Malah cerita ini jugalah yg disampaikan oleh Ustaz Don ketika berkongsi pengalamannya bersama Datuk Aziz Sattar.
    Bagi saya, kedua2 insan ini amat istimewa. Sy terasa spt cucu beliau semasa bersembang dgn Datuk Aziz menggambarkan betapa mesranya beliau dgn saya dan mahasiswa KSJ beberapa tahun dahulu.
    Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan yg beriman.
    Al-fatihah Datuk Aziz Sattar & TS P.Ramlee
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan