Rumah Mampu Tengok - Solusinya

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Encik Mohd. Shahar Abdullah
Saya setuju dengan cadangan yg dikemukakan KP Umno Pahang mengenai skim simpanan yg dicadangkan spt Lembaga Tabung Haji.
Atau mungkin boleh diperkemaskan lagi dengan mengambil model seperti KWSP di mana rakyat boleh memilih rumah yg diingini mengikut kemampuan dan buat pembayaran secara bulanan melalui potongan gaji spt caruman KWSP.

Cuma untuk peringkat awal, kerajaan perlu keluarkan sedikit modal utk membina prasarana spt PR1MA dan bakal pemilik serta kerajaan akan membuat perjanjian pembelian dgn mengambil kira kos pembinaan, kos yg dirasakan relavan dan ujrah (upah) yg tetap.
Apa2 pun, saya percaya cdgn ini mampu memberikan sinar buat org muda memiliki rumah pada waktu ini.

Pautan : http://www.sinarharian.com.my/politik/isu-rumah-mampu-tengok-dapat-perhatian-1.337480


EmoticonEmoticon