• Jerman | Kuasa Kumpulan


    Kalau kita flash back balik media sblm piala dunia, liputan tertumpu pd pasukan tuan rumah, Brazil, juara 2010, Sepanyol dan pasukan popular mcm England dll.. Jerman dilihat agak asing sedikit berbanding yg popular tu.

    Liputan media pula pasti akan kaitkan kekuatan individu berbanding kemampuan berkumpulan.

    Jerman dah membuktikan sekali lagi, kekuatan kumpulan lebih penting dr keupayaan individu. Lihat bagaimana Jerman meranapkan Brazil dan sekali lagi Argentina hari ini untuk menjadi juara edisi 2014.

    Ternyata, kekuatan individu akan memberikan kekurangan kepada pasukan kerana memberikan pendedahan kpd pasukan lawan utk melaksanakan taktikal marking.

    Sama jgk dlm Islam, dah ditekankan sejak zaman Nabi SAW, kerja yg terbaik dan berkat, buatlah dalam berjemaah. Bak kata org Melayu, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.

    Tahniah Jerman kerana memperoleh bintang ke 4 pd tahun 2014 dan cuba lagi pasukan2 yg lain. Yg masuk world cup ni semua hebat2 belaka.

    Harapan sy agar suatu masa nanti, Malaysia masuk world cup jgak.

    P/s : Congrats belanda no 3.. harga durian belanda mahal tau, rm18 sekilo.. hihi...
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan