• Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya....

    Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera

    1. Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Allah yang masih lagi memberikan peluang dan ruang untuk saya bernafas sehingga saat ini. Masa yang diberi ini akan saya gunakan sebaiknya untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini dan memanfaatkan diri dan orang lain.

    2. Saya mendoakan agar mak, ayah, atuk dan opah sihat berada di tanah suci Makkah ketika ini mengerjakan umrah. Along doakan agar urusan kalian di sana dipermudahkan.


    3. Semalam merupakan hari yang cukup hiba bagi sy. Result exam sem ini menjunam jatuh, terendah sejak diploma dahulu. Apa-apa pun, perkara ini telah dijangka memandangkan dugaan untuk semester lepas terlalu banyak.

    4. Di sebalik kesukaran itu, Allah masih sayangkan saya dengan tidak meletakkan sy dalam kedudukan bersyarat (KS). Sesungguhnya, saya percaya ujian yang Allah beri pada semester lepas adalah untuk menguatkan mental saya.

    5. Masa-masa yang terluang ini saya banyakkan dengan bermuhasabah diri, menilai apa yang salah pernah saya lakukan dan memperbaiki diri sendiri. Ada kalanya, kita perlu berada di bawah untuk lebih rasional berfikir sejauh mana tahap kita mensyukuri nikmatnya.

    6. Saya melihat kegagalan ini sebagai kesalahan pada diri saya.. Gagal untuk menjadi seorang pelajar yang baik, cuai menggalas amanah dan juga terlalu leka dengan meratapi nasib diri yang mungkin malang. Seharusnya saya perlu melihat jauh ke hadapan dan berfikiran positif adalah langkah terbaik untuk terus maju.

    7. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya sedar, Allah masih sayangkan saya yang terlalu banyak melakukan kekhilafan.

    -Idham Mahdi, 4 Julai 2014-
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan