Pandangan : Laporan Ketua Audit Negara dan Cara Kerja Belanja Kerajaan


Hari ini di media massa tempatan, riuh dgn ketirisan belanja yang berlaku dalam jentera kerajaan. Ada yg marah, ada yang menyindir, ada juga yang bingung dan mcm2 lagi reaksi rakyat marhean mcm sy. 

Pd hemat sy, laporan Ketua Audit Negara jelas menggambarkan transparensi kerajaan dalam jentera pentadbiran masing2.. Jelas, kerajaan harus ambil iktibar daripada apa yg telah dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Knapa kos yang tinggi dibelanjakan dalam pentadbiran?

Secara personalnya, sy sndiri pernah bekerja dalam organisasi kerajaan dan saya cukup tidak bersetuju dgn sistem bayaran List Order aka LO. Dgn menggunakan LO la biasanya pihak pembekal kenakan cas yg tinggi pada agensi kerajaan.

Sbg contoh, set komputer yg berharga RM1200 di pasaran dijual RM2100 jika dibayar dgn menggunakan LO. Katanya, ia adalah sbb proses tebus LO yg lambat dan juga perkhidmatan yg x seberapa itu.

Lebih baik beli guna cash, lagi puas hati. Tambah boleh tawar menawar lagi dgn spek barang yg lebih tinggi. Jadi, dah smpai masanya kerajaan mengkaji semula rasional guna LO utk pembelian aset dan liabiliti kerajaan..


EmoticonEmoticon