Apakah Pak Menteri Sedar?

SEBAGAI rakyat Malaysia saya pernah menghadapi ;

1. Kereta kena tarik sebab kehabisan minyak

2. Beli minyak RON95 dengan duit syiling

3. Beli susu anak dengan berhutang

4. Tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan

5. Terpaksa makan makanan hampir basi kerana kelaparan.

6. Berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak

7. Tidak dapat pulang berhari-raya kerana kekurangan wang dalam perjalanan

8. Bekalan air kena potong sebab bil tertangguh…

9. Pinjam telepon kawan kerana tiada top-up

Apakah pak-pak menteri sedar?

Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang saya hadapi kerana kekurangan sumber kewangan walaupun kerja macam mahu mati, saya kira pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang.

Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiapkali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka… Menteri boleh kata “tiada pembaziran berlaku”…

Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku, apakah pak-pak menteri sedar?

Saya tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa…

Coretan oleh:

Ahmad Nazri Khamis

Batu Pahat. 4 Oktober 2013

#Komen : Yang diatas tak pernah mahu ambil tahu apa yang dibawah rasa. Beginilah jadinya...

link :- http://www.sinarharian.com.my/apakah-pak-menteri-sedar-1.208438


EmoticonEmoticon