• Universiti dan Hiburan

    Hari ini, sudah masuk hari keenam utk program Pesta Konvokesyen yg berlangsung di universiti saya. Apa tujuan Pesta Konvokesyen atau Feskon diadakan? Bagi sy, konsep asasnya adalah sbg medium untuk meraikan graduan yg berjaya dan seterusnya membuka ruang utk masyarakat setempat berniaga. Tidak terlepas juga, diselitkan elemen hiburan dalam program.

    Bagi sy, tiada slhnya berhibur, tapi biarlah kene pada tempat, tambah2 lagi di universiti, tempat di mana mengangkat tradisi keilmuan dan kesarjanaan. Hiburan yg disajikan biarlah berilmu dan beradab. Itu sepatutnya membezakan budaya universiti dan budaya luar. Kalau dah dalam universiti pun terlompat2, mmg sama je la jika di luar.

    Dah smpai masanya pihak universiti bertindak tegas, bukan hanya takat wujudkan garis panduan, tapi tak buat. Isu hiburan ini berkait dgn maruah dan ketinggian taraf universiti. Tak semua siswa suka terlompat2 dgn konsert dlm universiti.

    Jgn cemarkan maruah baik universiti dgn budaya luar yang jahil. Belajarlah dari pengalaman dan berhibur dgn bijak.

    Terima kasih.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan