Masalah 3K : Faktor yang membelenggu siswa

Salah satu sebab kenapa siswa menjadi 3K (kuliah.kolej.kafe) selain daripada faktor diri sendiri adalah faktor tekanan dalam pembelajaran. 

Sbg cth, kursus yg diambil tu terlalu berat. Bygkan kalau ambil 6 kursus satu sem, 4 subjek ada projek yang beratnya mcm buat PSM dan Phd, mana la tak melompat dlm bilik siswa2 tu... tu belum kira assignment, quiz dan test berbagai... nasib baik Malaysia tak mcm jepun, tension je bunuh diri..

Benar, time management penting, tapi sy terfikir sama ada beban akademik yg diberi itu setimpal dgn jumlah kredit yg diberi. Sbg cth, subjek 1 kredit diberi projek utk dilaksanakan. Subjek 2 kredit juga ada projek siap proposal. Slg pensyarah x suka dgn proposal, buatlah sampai lulus. Kalau subjek 2 dan satu kredit pun begitu, apatah lagi 3 dan 4.. pening2..

Itu baru tekanan dalam kuliah, belum kira diluar bilik kuliah. Tapi terpulang pada masing2 mcm mana utk tangani. Cuma satu je nasihat sy, jgn compare seseorang pada satu sudut. Sbb tahap keupayaan seseorang berbeza. Jgn compare pencapaian budak management dgn engineering, sbb ianya terlalu berbeza senarionya...

Ini adalah pendapat peribadi. Freely to like dan dislike. Tidak ada kene mengena pada mana2 pihak, sama ada yg masih hidup atau telah mengadap Tuhan yang maha Agung.


EmoticonEmoticon