Ulasan Filem #TandaPutera (Part 1) - Ulasan Rakan-Rakan Blogger

Bukti yang rakan-rakan blogger berjaya kesan dari filem #TandaPutera. Ihsan daripada blog Pedoman Hidup

Sempat membaca ulasan filem 
#tandaputera, ada yang kata bagus dan ada juga yang kata tidak. Apa2 pun, ianya terpulang dari perspektif penonton yang melihat filem ini. Dan saya juga ingin menyarankan supaya, yang menonton filem ini, rajin-rajinlah kembali buka buku sejarah supaya kita tahu siapa yang cuba putar belit sejarah. 

Penerbit filem, tolonglah kreatif tentang aspek-aspek seni halus filem supaya tak mudah diketawakan. Rakyat Malaysia ini sangat teliti tentang angka, objek, jenama dan apa jua la yang boleh diklasifikasikan, tetapi tidak untuk salah sendiri. Lihat sendiri pada gambar. Kalau orang itu melihat hanya untuk faham jalan cerita sejarah, hatta letak Proton Suprima S ganti Saga Aeroback pun tak ada masalah.. Tapi rakyat malaysia teliti, Saga Aeroback tahun 1987 boleh wujud pada 13 Mei 1969 mereka dapat kesan. Tolonglah Tuan Pengarah (Opss, puan.. sila lebih teliti)

Aduhai, sekali lagi kesabaran penonton mata teliti diuji, dengan babak orang ramai bertempiaran lari keluar panggung, mana datang cctv tu. Sepatutnya, photoshop la sikit supaya dibuang cctv tu.. Rakyat Malaysia ini saya dah kata teliti, mereka akan cari kesalahan walaupun sebesar kuman sekalipun kalau dah tak suka.

Yang lain-lain itu, anda nilailah sendiri. Bagi yang mereka bermata teliti, tahniah, anda dah lakukan tugasan yang cukup baik. Semoga teguran anda dapat meningkatkan lagi kualiti dan prestasi penerbitan filem di negara kita, kepada pengarah dan team produksi, juga tahniah, atas kejayaan untuk menerbitkan filem sejarah ini, walaupun mungkin ada kurang dalam beberapa sudut. Anda telah berjaya buat rakyat Malaysia membuka kitab sejarah kembali yang lama berhabuk di rumah atau perpustakaan dan memastikan kebenarannya..

p/s : Owh ya, lagi satu, tragedi 13 Mei 1969 bukan didalangi oleh DAP ya, tetapi parti gerakan yang ketika itu diluar parti Perikatan. (Dulu tak ada BN, Tun Razak yang tubuhkan BN)

peace no war, sy bukanlah penyokong parti politik yang membabi buta. 

gambar ihsan : http://pendomanhidup.blogspot.com/2013/08/epic-yang-fail-dalam-filem-tanda-putera.html


EmoticonEmoticon