Ziarah Raya SKPT2'03 - Mendekatkan yang lama terpisah

Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas peluang untuk hidup dan seterusnya berkongsi idea dan cerita dalam ruangan ini. Saya mendoakan agar kalian semua, para pembaca berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah senantiasa.

Kali ini, saya akan berkongsi dengan para pembaca aktiviti yang saya dan rakan-rakan sekolah rendah lakukan pada hujung minggu lepas.

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, saya dan rakan-rakan berkesempatan melakukan ziarah ke rumah cikgu-cikgu sekolah rendah kami. Ya, sudah lama kami tinggalkan alam sekolah rendah yang penuh dengan warna-warni. Tahun 2013 menyaksikan sudah sedekad kami semua telah meninggalkan SK Padang Tembak 2, Jalan Semarak yang kami cintai. Sejak daripada itu, masing-masing telah membawa haluan sendiri.

Ada yang telah bekerja, telah berkahwin, berjaya mendapat kelulusan universiti dan berjaya dalam apa jua perkara yang kami ceburi. Semua ini pasti menjadi sukar seandainya tiada cikgu-cikgu yang baik dan dedikasi yang mendidik kami mengnal ABC dan 123 dengan cekap semasa sekolah rendah dulu. Berikut adalah warga SKPT2 1998-2003 yang berkesempatan untuk menyertai ziarah raya kali ini :-

1. Muhd Zaiyad Ibrahim | Staf Majlis Perbandaran Klang
2. Wan Khairol Amin | Siswa UiTM dalam bidang Arkitek
3. Norzulaika | Berkerja + Suami
4. Juliana | Siswi UNISZA
5. Sulaiha | Guru Bahasa inggeris
6. Nor Fatihah | Berkerja
7. Fazliani | Siswi UMT
8. Shahida Amira | Usahawati
9. Wan Muhammad Idham (Saya) | Siswa UTHM dalam bidang kejuruteraan
10. Hikmah Edi | Bekerja + Suami + anak

Jadi, pada Syawal kali ini, kami merancang untuk bersama-sama menziarahi cikgu-cikgu kami, bertanyakan khabar serta mengenang detik-detik suka duka semasa kami kecil lagi di SKPT 2.

Saya dan rakan-rakan singgah di rumah Cikgu Haslinah bt. Farid Wajidi, di Puast Latihan Polis Kuala Lumpur. Beliau kini merupakan seorang pegawai di Pej. Pelajaran Daerah Keramat, WPKL. Semasa zaman sekolah saya, beliau merupakan guru kelas saya di kelas 5 Arif. Seorang cikgu yang amat tegas tetapi baik hati. Yang buat onar, pasti tak senang duduk, yang mana baik, beliau tak kacau. Saya belajar subjek Sains, Matematik dan juga Kajian Tempatan bersama beliau di bangku sekolah dulu. Alhamdulillah, saya merupakan murid terbaik bagi subjek Kajian Tempatan di sekolah di bawah tunjuk ajar beliau.

Dari kanan, saya, Cikgu Haslinah, Shahida, Hazirah dan Fazliani.

Beliau kini selain menjadi pegawai JPWPKL, sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah di UPSI. Bagi beliau, sementara tengah ada semangat dan dorongan, beliau akan berusaha meningkatkan pencapaian diri dan tidak menjadikan umur sebagai alasan untuk berhenti. Semangat inilah yang mengkagumkan saya, dan saya doakan agar beliau berjaya dalam setiap usaha yang dilakukan. InsyaAllah. Saya juga berazam, suatu hari nanti saya pasti akan dapat atasi pencapaian cikgu akan datang. Kalau hari ini cikgu ada Master, saya kene tanam dalam diri saya ada Doktor pula...doa-doakan ya...

Ziarah raya pula diteruskan ke rumah Teacher Yanti Mat Isa, juga terletak di Pulapol KL. Beliau merupakan seorang guru senior Bahasa Inggeris di SKPT2 dan juga tulang belakang dalam aktiviti sekolah. Baru-baru ini, beliau dan pasukan pantun SKPT2 berjaya menjadi Juara Pantun WPKL dan mewakili KL ke peringkat kebangsaan.

Bergambar kenangan di Rumah Teacher Yanti


Sepanjang ziarah kami ke sana, kami banyak bertanyakan perkembangan terbaharu SKPT2 dan juga perancangan Teacher pada masa hadapan. Beliau sangat cintakan kerjayanya sebagai seorang pendidik di SKPT2, dan kami doakan agar Teacher terus diberikan kekuatan dan hikamh dalam mendidik anak bangsa.


Rumah Cikgu Haiyazi Muhyiddin dan Teacher Nor Ainon bt Salleh di Setapak Jaya menjadi sasaran kami selepas itu. Rasa segan juga, walaupun rumah saya letaknya tak sampai pun 500m dari rumah cikgu, tapi tak pernah-pernah sampai pun. Alhamdulillah, kali ini Allah dah permudahkan urusan ziarah itu, dan saya serta rakan-rakan menjejakkan kami ke rumah Teacher Ainon dan Cikgu Haiyazi buat kali pertama.

Cikgu Haiyazi merupakan cikgu senior di SKPT2. Menyertai SKPT2 pada 1 Ogos 1997, sekarang dah dekat 16 tahun beliau berada bersama SKPT2. Apa yang sinonim dengan Cikgu Haiyazi? Bilik Arena. Hehehe.. Bilik Arena itu adalah bilik sukan SKPT2, office khas Cikgu Haiyazi. Cikgu Haiyazi sekarang mengenadalikan pasukan softball sekolah, dan di bawah pentadbiran beliau, pasukan softball SKPT2 mewakili KL ke peringkat kebangsaan. Mana yang atlet sukan sangat familiar dgn Cikgu Haiyazi, termasuklah sepupu saya Amin yang dulunya wakil sekolah lompat jauh dan juga rakan saya, Zaiyad, jaguh ping pong sekolah. Saya pula tak begitu aktif dengan sukan, walau bagaimanapun, rapat dengan Cikgu Haiyazi sebab pernah ajar saya subjek PJ.

Isteri beliau, seorang guru Bahasa Inggeris yang masih sweet dan dedikasi, Teacher Ainon merupakan individu yang saya kenal antara yang terawal semasa saya masuk ke SKPT2 pada tahun 2001, masa itu saya ditempatkan di kelas 4 Bestari 2001. Saya masih ingat lagi Teacher ajar kami struktur ayat bahasa Inggeris dengan menggunakan nama saya sebagai contoh ayat di papan hijau.

Saya dengan Teacher Ainon kemudiannya lebih mengenali semasa berkhidmat dalam Pusat Sumber Sekolah. Teacher Ainon jaga Bilik Media, manakala Teacher Ieda jaga Perpustakaan. Nak kunci, ambil sahaja dalam pasu tanah liat atas meja mereka. Masa itu, jadi PSS sangat best. Di situ jugalah saya dapat belajar tentang komputer dengan lebih kerap, dapat baca buku masa rehat tanpa gangguan (Tak payah pergi beratur) dan juga yang best, dapat tengok Astro. Maklumlah, anak setinggan, mana la mampu untuk semua itu.

Masa darjah 6, saya dilantik sebagai Ketua Pengawas PSS di bawah kepimpinan Teacher Ainon dan Teacher Ieda juga. Sekarang, Teacher Ainon mengajar di SK Desa Tun Hussein Onn, KL sebagai guru kanan manakala Teacher Ieda , yang sangat dikenali oleh sepupu saya sebagai peminat Kurt Kobain kini bertugas di Pusat Kokurikulum KL.

Satu frasa yang saya ingat masa berbual dengan Teacher Ainon dan Teacher Ieda tentang kerjaya sebagai seorang cikgu ini :-

everyone can be a teacher..but not everyone can be an educator


Benar, hari ini kita memang banyak cikgu yang keluar Universiti dan Maktab tiap-tiap hari. Tapi sejauh mana yang menjiwai kerjaya sebagai seorang cikgu ini? Tak ramai kan...

Apa-apa pun, saya berharap agar Teacher Ainon dan Cikgu Haiyazi bahagia selalu bersama, panjangkan usia dengan rahmat Allah SWT dan dimurahkan rezeki.  Untuk Teacher Ieda, semoga sihat selalu dan sukses dalam apa jua perkara yang dilakukan. Bagi saya, Teacher Ainon dan Teacher Ieda banyak beri aspirasi pada saya tentang alam kepimpinan dan sampai sekarang saya masih aktif dengan bidang ini, bermula dengan kepercayaan menjaga PSS sahaja di sekolah rendah.

Bergambar kenangan di Rumah Teacher Ainon dan Cikgu Haiyazi +Teacher Ieda
Ziarah Raya SKPT2 2003 singgah di destinasi terakhir di rumah seorang lagi living legend SKPT2, Ustaz Zurazni Suhaimi, guru agama di SKPT2 dan juga aktif dengan kegiatan sukan dan kokurikulum di peringkat negeri. Hujung tahun 2008, saya terserempak dengan ustaz semasa Majlis Anugerah Kokurikulum Peringkat KL di Hotel Antarabangsa KL di Chow Kit. Masa itu mungkin ustaz jadi urusetia kot.

Ustaz mengajar subjek agama Islam semasa zaman persekolahan saya, Kelas Ustaz sangat menarik. Isteri beliau merupakan guru SKPT1, dan yang menariknya, orang Kg. Semarak. Semasa kunjungan ke rumah beliau, kami banyak bercerita mengenai zaman sekolah kami bersama Ustaz, bertanyakan khabar dan juga cerita tentang Kg. Semarak.

Dari kiri, sepupu saya Amin, Ustaz Zurazni, saya dan Zaiyad.

Alhamdulillah, Ziarah Raya SKPT2 2003 berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat asalnya, medekatkan yang telah lama terpisah. Kami mendoakan agar semua guru-guru kami SKPT2 1998-2003 berada dalam keadaan sihat dan sejahtera di bawah rahmat Allah SWT dan semoga terus kuat dan semangat mendidik anak bangsa. InsyaAllah, untuk Ziarah Raya akan datang, kami akan melawat guru-guru yang sudi menerima kehadiran kami.

Terima kasih buat Cikgu Haslinah sekeluarga, Teacher Yanti sekeluarga, Teacher Ainon, Teacher Haiyazi, Teacher Ieda dan Ustaz Zurazni sekeluarga yang sudi menerima kehadiran kami, siap dengan hidangan yang cukup lazat da sedap. Kami sungguh rasa terharu dengan layanan yang diberikan. Tak ada apa yang mampu kami beri sebagai balasan budi baik dan jasa kalian,  hanyalah doa dan ingatan buat cikgu-cikgu semua kami layangkan sentiasa. Semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan sampai bila-bila.

Saya juga berharap agar Ziarah Raya ini menjadi titik tolak kepada reunion yang lebih besar untuk batch 1998-2003. Tak ada istilah untuk tyco atau orang popular dalam batch, tetapi bertindaklah sebagai satu batch yang sayangkan sekolah dan rasa bersyukur kerana kita sebahagian daripada produk SKPT2. Tak rugi pun kita menjalinkan ukhwah, kerana sampai masa nanti, kawan di sekolah mungkin boleh membantu kita jika kita memerlukan bantuan di waktu yang memerlukan.

Terima kasih kerana membaca. Cheers!


EmoticonEmoticon