Contoh yang baik membentuk suasana menjadi lebih baik



"Bapa borek anak rintik"
"Mana tidak tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi"

Orang tua-tua, zaman datuk nenek moyang kita dah berpesan siap-siap, sebagai sebahagian daripada masyarakat, kita harus menjadi contoh teladan yang lebih baik.

Yang tua, haruslah menjadi pedoman yang baik buat orang muda. Yang berilmu harus menjadi guru yang baik buat masyarakatnya, yang berkuasa harus berlaku adil untuk yang dibawahnya dan begitulah untuk yang lain-lain. Rantaian hubungan ini sebenarnya telah pun ditentukan Allah sejak daripada dahulu lagi dengan mengutuskan Rasul dan Nabi sebagai teladan yang baik untuk setiap ummah.

Ianya adalah satu mesej tersirat kepada ummat manusia bahawa kita sebenarnya bertanggungjawab untuk menjadi lebih baik supaya orang lain mampu menjadi sebaik atau lebih baik daripada kita.

Sebagai contoh, kalaulah si bapa seorang nelayan tradisonal, maka si anak haruslah menjadi seorang nelayan yang berpengetahuan tinggi dalam sains perikanan. Ini barulah bertepatan dengan konsep, hari ini lebih baik daripada semalam.

Kita tak boleh ambil acuh tak acuh dalam isu ini kerana anak-anak atau mungkin adik-adik kita sedang memerhatikan dengan teliti apa yang kita buat. Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, tetapi akhirnya tidak lurus-lurus jalannya.

Menjadi contoh yang baik dalah tanggungjawab bersama, bukan yang diberikan kelebihan sahaja. Jangan ambil ringan perkara ini, kerana lambat bertindak, sistem sosial masyarakat kita akan semakin pudar. Bertindaklah, walaupun dengan tindakan sekecil zarah.


EmoticonEmoticon