• Malaysia Yang Unik

                                   

    Saya cukup bersyukur menjadi seorang warganegara Malaysia. Kenapa? Kerana saya lahir di sebuah tanah yang pada asalnya milik orang Melayu, dan kemudiannya melalui satu tempoh yang panjang menjadi sebuah negara yang berbilang kaum. Itu satu keunikan Malaysia yang tidak dapat kita nafikan. Ini adalah negara multi-etnik.

    Orang Malaysia, tak kiralah kaum apa, terkenal dengan keramahan, kesantunan dan kesusilaan, melainkan jika di jalan raya dan politik (Kenapa? Sbb orang Malaysia mcm kene rasuk bila dalam kenderaan dan sanggup bertikam lidah dan tak mengaku saudara kalau lain ideologi politik).

    Pagi tadi, semasa saya bersama ibu saya di hospital KL, sy melihat satu peristiwa yang sangat menyejukkan mata. Seorang belia India petugas hospital menolak kerusi roda pak cik berbangsa Melayu. Kesopanan dan kelembutan budi bahasa beliau terserlah dengan sikapnya yang murah dengan senyuman dan sabar melayan karenah pak cik tersebut. Yang lebih mencairkan, apabila pak cik itu berkata sesuatu dengannya, beliau membongkokkan sedikit badannya supaya dapat mendengar dengan baik apa yang diperkatakan pak cik itu.

    Sebelum berpisah, belia India itu menghulurkan salam dengan pak cik itu dan mengukir senyuman yang manis kepada pak cik. Wah, alangkah baiknya contoh yang ditunjukkan oleh pemuda India itu. Inilah asas kepada integrasi dan perpaduan, saling menghormati dan berkasih sayang. Yang tua menghormati yang muda, dan yang muda menyayangi yang tua. Semoga kita dapat mempercantikkan akhlak kita kepada yang lebih baik. In Sya Allah.



     — feeling wonderful at Kompleks Pakar Dan Pusat Rawatan Harian.

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan