14 Ogos 1893 - Ulangtahun Penubuhan Victoria Institution

E-Block Victoria Institution (1929), antara salah satu bangunan warisan nasional, merupakan entiti kebangaan Victorians

"Let us now with thankfulness
Praise the founders of our School.
Let us now with thankfulness
Praise the founders of our School
For their foresight and devotion,
Some who came across the ocean,
Some Malaya's own sons,
All true Victorians"

Rangkap di atas merupakan petikan lagu sekolah saya dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di Victoria Institution atau lebih dikenali sebagi VI. Sampai sekarang, saya masih hafal lagi bait-bait lagu sekolah kerana perasaan terhutang budi dan juga bangga pada sekolah ini. Mana la taknya, dengan sejarah yang panjang hampir 120 tahun pada esok hari, dan pernah dihadiri tokoh akademik yang hebat dan juga barisan alumni yang terkenal, dan tentulah VI ada kelas elitnya yang tersendiri.

Melalui VI juga saya ada ramai kenalan yang boleh dikatakan trans zaman dan bertebaran serata dunia, walaupun berbeza tahun pengajian, atau mungkin berbeza kelas atau tempoh, kami semua berdiri sebagai seorang "Victorian".

Jasa baik pengasas sekolah yang bermurah hati menubuhkan sekolah ini telah mengubah lanskap sosial secara tidak langsung dalam arena pendidikan nasional dalam pendidikan aliran Inggeris pada zaman kolonial, dan terus berdiri kukuh 120 tahun melahirkan barisan lepasan pelajar yang berkualiti yang kini menyumbang kepada negara.

Pandangan jauh para guru terdahulu dan semasa serta pelajar-pelajar VI meletakkan tradisi VI pada tahapnya tersendiri. Menjadi Victoria bukan hanya cemerlang pada pelajaran, tetapi juga menjadi seorang ahli sukan / individu yang aktif serta seorang yang berbudi tinggi. VI juga merupakan sekolah yang pertama memperkenalkan pelajaran sains di Malaya, menubuhkan pasukan Pengakap dan Pancaragam tertua serta menyaksikan pelbagai peristiwa penting nasional seperti Penyerahan Kalah Jepun pada British selepas tamat Perang Dunia Kedua.

Inilah yang meletakkan VI berada pada tahapnya yang tersendiri. Terlalu banyak perkara dan keistimewaan VI yang boleh dikongsikan, cuma ruang di sini sahaja yang terhad untuk dikongsikan. Biarlah tradisi kekuatan VI tersemai dalam setiap jiwa bernama Victorian dan kini, para Victorian akan terus bersatu, tidak kiralah para lepasan dan pelajar semasa untuk mengangkat kembali tradisi kecemerlangan VI.

1 comments:

Good write up...bole share ke FB VI group?


EmoticonEmoticon