Senyum......Terima kasih

Comel je kan kita lihat monyet ni senyum, apatah lagi jika kita senyum. Jadi, senyumlah wahai rakan-rakanku yang budiman :)
Kita sering menganggap yang dengan hanya senyuman dan terima kasih adalah satu perkara yang remeh, tetapi sebenarnya ia adalah satu set komunikasi jiwa yang sangat signifikan. Tidak semua perkara yang kita boleh balas dengan duit mahupun harta yang berharga, tetapi ketinggian santun bahasa dan gerak badan mampu mengawal emosi rakan sekeliling kita kepada yang lebih baik.

Mengamal budaya senyum dan berterima kasih membuatkan orang rasa selesa dengan kita dan bermotivasi untuk melakukan kebaikan kepada kita dan orang lain. Ye la, senyuman adalah satu ekspresi muka yang sangat ikhlas dan cantik. Belum pernah lagi dalam sejarah ketamadunan manusia, manusia yang senyum secara ikhlas tanpa niat yang 'serong' akan ditumbuk mahupun dipijak sebab tak puas hati dia senyum. Sebaliknya kalau buat muka ketat, jangankan kata gangster, mak cik kat pasar ikan pun rasa nak tetak je muka guna pisau daging. Senyumlah, ianya sedekah jariah paling mudah dan tiada kos kan?

Budaya menghargai atau berterima kasih atas usaha orang lain walaupun hanya sebesar zarah amatlah dituntut dalam agama. Kita harus ingat, walaupun ia kecil bagi kita, mungkin ianya sebuah perkara yang amat sukar dilakukan oleh rakan-rakan kita. Maka, berterima kasihlah. Tak rugi pun kita menyebut perkataan terima kasih itu, malah ianya merupakan spa hati dan pengubat keletihan setelah berusaha melakukan sesuatu demi kita. Bukankah bersyukur itu amatlah dituntut dalam beragama??

Senyumlah dan ucapkanlah terima kasih sbg tanda kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Nescaya, Tuhan akan tambahkan nikmat dan ganjaran buat kita. Bak kata para motivator dalam corong2 radio, fikir-fikirkan dan selamat beramal


EmoticonEmoticon