Nak bercouple? Pergi minta izin walinya dahulu


Petang yang indah nan permai di Parit Raja, saya sempat singgah di warung bersama kawan baik menikmati pisang goreng dan teh o ais. Wah, sungguh nikmat rasanya pisang goreng di petang hari. Tengah seronok dan rancak bercerita tentang diri masing-masing, tiba-tiba terpacul soalan dari rakanku..

"Bro, aku ingat nak cari couple la... sunyi.. "

Hmm, apa kono eh jang.. Spoil mood makan pisang goreng ni... Aku senyum-senyum kambing padanya..

"Ko kenapa bro...??" tanya dia melihatkan reaksi aku.

"Idok la, aku pelik la tetiba ko sunyi walhal tiap-tiap hari aku tengok ko lepak ngan kawan2 gitar ko", balas aku.

"Ala, bro. Kawan gitar lain.. Feeling x sama kot", ujar kawanku.

Aku pun bagi tanya balik persoalan yang dibangkitkan..

"Ko kompom nak couple?"

"Haah, kalau boleh la...", ujar dia.

"Kalau kau nak couple, ko jumpa walinya dulu. Maksud aku, mak ayah dia. Tengok ko ley ngam tak ngan mak ayah dia. Then, baru ko couple ngan anak dia. Apa macam, ada bran?", cadang aku.

"Err, ko biar betul bro!", balasnya terkejut.

"Bro, ko kene ingat, dalam Islam, tak ada istilah couple ini. Dah jadi lumrah manusia untuk hidup berpasangan. Dah alang-alang kau betul-betul mahukan pasangan hidup, buatlah dengan cara yang lebih baik. Jumpa mak ayah dia, minta izin keluarga dia dan keluarga sendiri dan patuhi batas-batas yang telah ditetapkan agama. Kalau kau buat semua itu secara proper, insyaAllah, Allah permudahkan urusan kau ", kataku.

Perbualan tentang ini tergantung sampai disini sampai dia berfikir jauh tentang persoalan yang dibangkitkan tadi. Aku mengunyah pisang goreng yang lazat sambil berfikir adakah nasihatku itu berguna buat dia. Semoga Allah jualah yang membimbing kami...

#Ada certain bahasa yang diubah bagi mencantikkan cerita. Tetapi isinya tetap sama.. Wallahuaklam...


EmoticonEmoticon