• Hebatkah kita?


    Kita memiliki bermacam-macam nikmat, yang seterusnya membawa kepada kelebihan kepada diri kita.. Nikmat harta, pangkat, gelaran dan bermacam-macam lagi nikmat yang mungkin boleh membuatkan kita berbeza daripada orang lain. 

    Adakah diri kita ini hebat? Tidak! Kerana yang Maha Hebat memberikan semua yang di atas itu hanyalah sebagai pinjaman dan ujian buat kita, sejauh mana kita mampu memanfaatkan nikmat yang diberi demi memanfaatkan orang lain. Kita akan ditanya di alam selepas ini, bagaimana kita menggunakan umur kita? Adakah ia penuh bermanfaat atau penuh dengan ke'culas'an.

    "Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?"

    Inilah persoalan yang dilontarkan oleh Allah SWT semasa kita membaca ayat Al-Quran dalam surah Ar-Rahman. Maka, sy ingin mengajak rakan-rakan dan diri saya sendiri, untuk bermuhasabah diri kita yang kadangkala leka ini, hebatkah kita dengan hanya nikmat yang diberi sekadar pinjaman ini? Mudah-mudahan, kita kembali kepada landasan keimanan yang sebenar.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan