Apakah kebangaan kita?

Kita merasakan diri kita cukup bagus, memiliki pelbagai kemahiran dan nikmat, boleh melakukan serba serbi dan ramai peminat, tetapi, apakah semua itu akan sentiasa mutlak ada bersama kita??

Apakah kita sedar yang semua yang menjadi kebangaan kita itu adalah milik dan pinjaman Yang Maha Kekal kepada kita untuk dimanfaat demi kebaikan sejagat, bukan sebagai satu alasan mengangkat diri dan membina jarak keagungan berikutan kelebihan kita miliki.

Kita harus sedar, siapa kita jika dilihat daripada perspektif Tuhan yang mencipta kita. Kembalilah kepada asas kenapa kita diciptakan.

"Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku".
(al Zariyaat 56)

#kepada Allah jualah kita semua harus kembali berserah dan beramal. InsyaAllah.

//muhasabah buat diri terutamanya. Maafkan diri hambaMu yang maha Hina ini..


EmoticonEmoticon