• Tahniah Prof. Datuk Seri Dr. Zaini Ujang!

    Tahniah buat Y.Bhg Prof. Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, NC UTM diatas perlantikan beliau sbg Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 2 berkuatkuasa 3 Jun 2013. Smoga pengalaman beliau yg luas dlm pembgunan UTM dan IPT amnya dpt dimanfaatkan demi transformasi pendidikan negara.



    Untuk makluman semua, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini merupakan naib canselor universiti yang paling muda di Malaysia.    Wawasan beliau yang jelas dan semangat beliau yang kuat telah berjaya meningkatkan prestasi Universiti Teknologi Malaysia ke suatu tahap yang lebih baik. Di bawah kepimpinan beliau juga, UTM berjaya mendapat status Universiti Penyelidikan ke-lima negara.

    Perlantikan Dr. Zaini sbg KSU 2 Kementerian Pendidikan dan Datuk Seri Abdul Wahid bin Omar sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan CEO termuda dilantik di Malaysia membuktikan kerajaan mengiktiraf golongan muda dalam menyumbang kepada negara.

    Selamat maju jaya, Dr. Zaini.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan