2004-2013 : 9 tahun bergelar HOSTELITE


Masa berlalu, umur pun makin tua, dan banyak juga cerita disebalik angka tahun yang dipaparkan. Daripada budak macai senior di sekolah menengah rendah, diberi kepercayaan untuk jadi ajk asrama untuk beberapa tahun dan akhir sekali menjadi ketua di sebuah kolej kediaman di IPT memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Minggu ini, saya secara rasminya akan mengakhiri zaman hostelite saya di UTHM, sekaligus dalam sejarah hidup saya. Barangkali mungkin inilah yang terakhir, atau jika terbuka hati kembali untuk duduk di kolej pada masa hadapan, hanya Allah jualah yang maha mengetahui. Walaupun saya ada peluang untuk duduk di kolej, saya rasa baiklah saya mencari pengalaman baharu yang lebih luas dan membuka minda saya. Lagipun, peluang untuk duduk di kolej kediaman yang terhad membuatkan saya insaf dan memikirkan yang ada orang lain lagi yang lebih memerlukan daripada saya.

Saya cukup bersyukur, melalui penglibatan saya dalam jawatankuasa asrama sehinggalah jawatankuasa kolej, saya bertemu ramai orang yang benar-benar inspire saya. Tak kisahlah dari rakan-rakan saya yang awesome, junior-junior saya yang best, pengetua-pengetua kolej yang sentiasa memahami hasrat orang muda, para ustaz dan ustazah yang tak jemu-jemu beri nasihat agama, para warden yang sentiasa beri tunjuk ajar dan peluang tanpa jemu bagi membaiki diri ini.

Akhir kalam, saya dengan rendah hati menyusun 10 jari memohon maaf seandainya banyak salah dan silap saya sepanjang berada di kolej kediaman / asrama. Saya hanyalah insan biasa, hanya mengharap ihsan dan belas pada yang sudi memberi. Terima kasih, insyaAllah lain masa kita jumpa lagi.. 


-IdhamM-


EmoticonEmoticon