Sebelum memimpin orang lain, baik pimpin diri sendiri dahulu jadi baik


Seperkara yang saya takut bila menjadi pemimpin adalah cakap tak serupa bikin. Maklumlah, sebagai leader, tak kisahlah apa-apa peringkat pun, mata orang memerhatikan sahaja apa yang kita buat, sama ada baik mahupun sebaliknya, lantas ia akan menjadi 'testimonial' rambang terhadap pembawakkan diri kita.


Secara jujurnya, pedih untuk terima kritikal orang lain, tetapi jika betul, tidak ada sebab untuk kita menafikannya. Janganlah kita jadi begitu angkuh terhadap orang lain kerana pemimpin takkan ada jika tiada orang memimpin.

Hakikatnya, kita dilahirkan tidaklah sempurna. Begitu banyak lompang kejahilan dan kekhilafan dalam diri. Tapi, ini tidaklah bermakna kita tidak boleh berubah menjadi lebih baik. Burung kakak tua yang hanya pandai bersiul pada asalnya, jika diajar tiap2 hari pun boleh ucapkan salam. Apatah lagi kita ini, manusia yang diciptakan Allah lebih baik dari si burung kakak tua.

Pimpinlah diri sendiri untuk terus berubah ke arah kebaikan. Ambillah masa untuk audit diri kita. Nilai berapa banyak kebaikan dan kekurangan yang kita lakukan untuk hari ini. Saidina Ali RA pernah berkata;

“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”

Jadi, di manakah kita? Ayuh bertindak, audit diri dan sama-sama kita berubah untuk menjadi lebih baik.. Kita semua adalah pemimpin.. Sebelum kita pimpin orang lain, kita pimpin diri kita menjadi lebih baik 
 — feeling better.


EmoticonEmoticon