• 786 ganti Basmalah dalam Islam??


    Agak perlu untuk kita lihat dari mana asal-usul angka 786 ini. Biasalah, selalu kita pergi kedai mamak (india muslim), pekena teh tarik dan roti canai yang sedap, tapi kita tak tahu apa maksud nombor 786 ini. Ha, kalau kita dgr lagu Too Phat bertajuk Alhamdulillah, pun ada bait lirik

    "786....alhamdulillah syukur"

    Nombor 786 ialah jumlah beberapa nilai dari huruf-huruf basamalah. Cara pengiraan ini dikenali dengan kaedah Abjad, itu memberi nilai-nilai arithmetik kepada huruf-huruf tersebut. Menurut Dr. Muzammil H. Siddiqi, bekas Presiden ISNA, ia dicipta pada Abad ke 3 Hijrah semasa zaman Abbasiyyah, dan banyak digunakan dinegara-negara Pakistan dan India.[1] Perkara yang sama juga turut dinyatakan dalam sebuah laman web anti-hadis, yang saya rasa tak perlulah saya sertakan URL-nya memandangkan ia sesat lagi menyesatkan.

    Cara pengiraanya : (berapa kali huruf didarab dengan nilai huruf)

    ب (1 kali * 2 = 2)
    س (1 kali * 60 = 60)
    م (3 kali * 40 = 120)
    ا (3 kali * 1 = 3)
    ل (4 kali * 30 = 120)
    ه (1 kali * 5 = 5)
    ر (2 kali * 200 = 400)
    ن (1 kali * 50 = 50)
    ح (2 kali * 8 = 16)
    ي (1 kali * 10 = 10)

    Jumlahnya = 2+60+120+3+120+5+400+50+16+10 = 786

    Menurut laman tersebut juga ada menyatakan, menggantikan Basmalah dengan angka 786 adalah bertujuan mengelakkan menulis Basmalah dan ayat Quran lain di atas kertas biasa.

    (to avoid writing the name of Allah or the Qur'anic ayah on ordinary papers.)

    # Bid’ah Angka 786 Menggantikan Basmalah.

    Dalam ibadah dan urusan agama Rasulullah SAW adalah sebaik-baik ikutan dan panduan.

    "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

    Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]

    Kita dilarang menambah-nambah atau mereka-reka sesuatu yang tak diperkenalkan Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam dalam urusan agama kerana setiap bid'ah yang melibatkan ibadah dan urusan agama adalah terlarang.

    Rasulullah SAW bersabda:

    Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat. [2]

    Dalam satu lagi hadis yang hampir serupa dijelaskan lagi:

    "dan setiap kesesatan itu tempatnya kelak di dalam neraka." [3]

    من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو ر

    Barangsiapa siapa yang mengamalkan sesuatu perkara yang bukan mengenai perkara kami [e.g. Islam], akan ditolak [4]

    Rasulullah SAW bersabda:
    Sesungguhnya aku hanyalah manusia, apabila aku memerintahkan kalian sesuatu berkenaan agama kalian maka berpeganglah kalian dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu daripada pandangan persendirian maka aku hanyalah seorang manusia. [5]

    Dan berkata Ibnu Mas'ud :
    "Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

    Seperti kita kekal maklum Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam tak pernah pun menggantikan kalimah Basmalah dengan apa-apa nombor. Begitu juga generasi salaf. andai ianya baik sudah tentu diperjelaskan penggunaan nombor pengganti kalimah Basmalah. Penjelasan bahawa kalimah tersebut diganti kerana nak memelihara kesuciannya (ditulis di kertas-kertas, disentuh orang bukan Islam etc.) adalah tidak masuk akal kerana kalau benar mengapa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam sebagai contoh tauladan kita masih mengutuskan surat mengandungi ayat Quran pada surat baginda buat Heraclius.[2] Tidakkah baginda risau akan ayat Quran yang diutuskan pada bukan Muslim?

    "Nombor 786 tetap bermakna 786 dan tiada lebih dari itu. Apabila Allah swt atau Nabi saw mengajar kita sesuatu, mereka melakukan dengan cara yang paling jelas, jauh dari teka-teki dan nombor-nombor misteri. Semua usaha yang dilakukan oleh orang-orang Islam bagi mengira huruf dan menhubungkannya dengan nombor tiadalah apa didalamnya tetapi membazir masa. Adakala mereka melakukan dengan tujuan baik bagi menunjukkan agama kita hebat. Sesungguhnya agama amat hebat, dan ia tidak memerlukan cara yang salah ini". [6]

    Menurut fatwa negeri Johor Darul Takzim 


    Keputusan fatwa negeri Johor Darul Takzim mengenai Hukum mempercayai dan menyakini bahawa angka 786 adalah bermaksud Bismillahi Rahmani Rahim menyatakan yang ianya adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam syariah serta akhlak Islam.

    Juga dinyatakan perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T. Semua diminta untuk menghentikan kepercayaan dan penggunaannya serta merta. [7]

    Terima kasih :- http://normahmammad.blogspot.com/2009/06/kepercayaan-terhadap-angka-786.html
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan