• Cinta manis, tetapi menyakitkan

    "Kawan : Bro, kau dah ada gf dah?

     Saya : Yup, memang ada.

     Kawan : Best tak ada gf?

     Saya : Bergantung... Cinta memang manis, tetapi menyakitkan. Kalau tak bersedia dan tak ada lagi, baik jangan mulakan dan bila dah mampu, silakan"

    Berikut adalah jawapan standard yang saya gunakan bila rakan-rakan saya bertanya tentang pengalaman bercinta. Cinta memang seronok bila kita ada orang lain menjaga mengambil tahu hal ehwal kita dan sayangkan kita, tetapi ia boleh jadi sangat-sangat menyakitkan bila masing-masing bertelagah, tak kena dengan apa yang kita suka / mahukan atau yang lebih teruk, main belakang kita.



    Hiasan semata-mata


    Bercinta, semuanya tentang kepercayaaan. Tambah-tambah bila pasangan kita berada jauh di tempat lain. Mudahnya, kita menjadi orang buta dalam kebanyakan masa apabila bersama pasangan. Tahu khabar melalui sms dan medium komunikasi lain, bukan di hadapan mata pun satu cabaran. Itu kita belum tahu lagi bagaimana si dia berhubung dengan rakan-rakannya di sekitarnya. Ianya ok sekiranya si dia hanya menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan sejantina atau yang ada kaitan (spt Rakan sekuliah, tempat kerja) sahaja, tetapi kalau ada rakan-rakan lain jantina dengan layanan berlebihan, belum kira lagi dengan segala yang angkat mengangkat yang boleh buat diri sendiri berasap, akan membuatkan kita mulai terasa dan mula hilang fokus.

    Ianya mungkin kebiasaan jika masing-masing profesional tentang perkara ini, tetapi bagi newbie dalam hal ini, sememangnya ia betul-betul membuatkan kita menyirap, tambah-tambah yang lebih mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bukan niat kita pun hendak mengawal, tetapi bila dah ada komitmen dengan pasangan, fokuslah dan agak-agaklah dalam berhubung dengan yang lain, maksud saya, biarlah ada batas, hanya pada kerja atau tanya khabar sahaja, kalau dah sampai virtual kiss pada dahi di laman maya dan juga bermanja-manja, bukankah ia boleh menyakitkan hati si pasangan???

    Oklah, kita ambil situasi ini sebagai tidak tahu atau disorokkan, bukankah yang diatas itu maha mengetahui. Mudahkan? Ianya bukan soal siapa baik mahupun tidak, cuma kejujuran dalam bercinta itu penting, sebab perasaan itu bukanlah perkara yang boleh dimainkan sesuka hati seperti mana kita memutarkan lagu berulang kali.

    Nasihat saya pada kawan-kawan yang ingin bercinta dan baru bercinta, bercintalah dengan ikhlas ya. Jangan sesekali main belakang pasangan dan banyakkan bersabar. Kadang-kadang kita selalu harapkan yang terbaik daripada pasangan, tetapi bila ianya tidak tercapai, pastinya ia boleh menjejaskan mood masing-masing. 


    Lagi satu, hati kita mudah terasa dengan setiap apa yg pasangan kita lakukan, terutama di laman sosial.. bagi orang yang panas baran dan terlalu peka macam saya, memang selalu terasa. Ada kalanya, saya bergaduh juga, tetapi banyak yang dipendam dan dilupakan begitu sahaja, jadi bersedialah juga dengan situasi itu juga ya. Al-maklumlah, sedangkan lidah sendiri lagi tergigit, apatah lagi dua jasad yang lain jantina, banyak bezanya.. Ianya lumrah bila masing-masing bergaduh dan mahu menang, tak nak mengaku salah, tapi yang penting, apa yang salah, tetap salah, dan yang betul tetap betul.. Jangan kelirukan atau campur adukkan. 


    Jadilah pasangan yang baik, berpesan-pesan untuk kebaikan dan kebenaran, walaupun kadang-kadang disalah ertikan oleh pasangan kononnya tunjuk baik atau cuba merendah-rendahkan si dia. Selamat maju jaya dalam perhubungan kalian ya. Salam ikhlas. 


  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan