• Islam, Melayu dan Teknologi


    Semasa saya berada di SM Teknik Kuala Lumpur, saya sedikit terkejut dengan budaya di sana. Saya berfikir sama ada saya berada di sekolah agama ataupun sekolah teknik kerana pegangan agamanya sangat kuat, tidak boleh solat dalam dorm (SODOM), kene dengan tazkirah antara maghrib dan isyak dan kene baca al-mathurat sebelum maghrib (dan alhamdulillah ia menjadi amalan saya sehingga kini). Bukan apa, semasa zaman saya, sekolah teknik diklasifikasikan kebanyakan orang sebagai sekolah yang teruk dan untuk budak-budak yang tiada pilihan lain untuk sambung belajar di SBP, MRSM mahupun sekolah elit.

    Saya terfikir, apa kene mengena teknologi dan kaitannya dengan budaya Islam-Melayu?

    Maha suci Allah yang telah menemukan saya dengan jawapan apabila diberi peluang untuk menjadi mahasiswa UTM diperingkat diploma. Saya mengenali insan istimewa yang diberi nama Ainuddin Wahid (Tan Sri). Walaupun saya tidak pernah bertemu beliau dan hanya mengenali daripada pembacaan buku biografi beliau, NC UTM Pertama ini sangat menarik untuk dikenali.

    Siapakah beliau? Beliau pada asalnya adalah seorang jurutera, tetapi diberi kepercayaan untuk menerajui sebuah institusi kolonial sehingga menjadi institusi teknologi Melayu-Islam (malah pernah suatu ketika lebih Islam daripada UIAM dan lebih melayu daripada UITM/ITM) oleh Tun Abdul Razak (Timb Perdana Menteri Malaysia ketika itu). Kecekalan beliau sangat mengkagumkan apabila tidak mudah tunduk kepada tekanan pak-pak menteri pada zamannya yang lebih mengagungkan kebaratan. Pengetahuan kejuruteraan yang tinggi, bersama etika yang mantap dan keimanan yang utuh melahirkan individu yang mantap seperti beliau. Siapa kata Islam itu hanya pada agama? Islam itu adalah cara hidup, dan ilmu Islam itu sangat meluas melangkaui pelbagai disiplin ilmu.

    Penghayatan beliau terhadap budaya Melayu-Islam dizahirkan melalui senibina kampus UTM Skudai di mana Masjid menjadi titik tengah kepada kampus. Disekelilingnya terdapat bangunan universiti bercirikan melayu. Walaupun nama institusi ini Universiti Teknologi Malaysia, namun elemen Islam dan Melayu tidak dilupakan Tan Sri supaya anak didik universiti ini ingat asal usul dan juga apa yang menyebabkan bangsa kita kuat.

    Islam dahulu kuat. Melayu juga dahulu kuat bersama Islam, dan Islam jugalah yang yang menemukan teknologi asas yang ada pada hari ini. Maka, sudah tiba masanya kita harus menghayati nilai Islam sebenar-benarnya supaya kita juga boleh maju. Mendalami Islam tidaklah rugi sebaliknya memperkasakan diri. Menjunjung budaya sendiri bukanlah sia-sia. Bangsa Korea dan Jepun dihormati kerana keutuhan sistem masyarakatnya, menjunjung budaya dan bahasa sendiri, sudah smpai masanya kita juga berbuat demikian. Siapa lagi nak memartabatkan bangsa jikalau bukan kita.

    Nota : Y. Bhg Tan Sri Datuk Ainuddin Abdul Wahid adalah mantan NC UTM yang Pertama dan juga salah seorang penerima Ijazah Kehormat UTHM atas sumbangannya memperkasakan pendidikan teknikal negara.

    p/s : bagus juga jika buku Ainuddin Pejuang 'Degil' Melayu dijadikan teks tambahan dalam kuliah supaya ramai jurutera telus berjiwa Melayu-Islam ini dilahirkan pada zaman keruntuhan moral masa kini.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan