• Ahli Politik yang Maha Tahu



    Semalam di tempat saya, berlangsung satu ceramah politik yang berkisarkan tentang kesan pemancar telekomunikasi yang dianjurkan oleh pakatan parti politik. Yang menariknya, apabila bercerita tentang kesan pemancar telekomunikasi, panel jemputannya adalah ahli politik dan juga sekutunya sahaja.

    Saya faham sekarang ini telah terasa bahang pilihanraya, tetapi bila bercerita tentang bahaya atau kesan teknologi yang dibangunkan, jemputlah ahli akademik atau jurutera yang bertauliah untuk bercerita mengenainya. Ini tidak, hanya berikan peluang kepada orang yang belum tentu layak atau arif mengenai teknologi, dan bercakap itu ini tak betul tanpa fakta yang tepat.



    Zaman sekarang bukan lagi zaman di mana letak songkok dan pakai kot orang akan percaya 100% apa yang dibawa, sekarang adalah zaman Ipad dan Tablet (atau mungkin lebih canggih daripada itu), di mana maklumat itu hanya dihujung jari sahaja. Budak kecil berusia 4 tahun pun dah pandai guna tablet, takkanlah orang atasan pemimpin politik ataupun wakil rakyat yang dikatakan bijak-bijak belaka tak mampu untuk berfikir mengenai tauliah orang yang menyampaikan ceramah mengenai sesuatu membabitkan rakyat.

    Semua orang boleh bercakap, bla, bla, bla mcm mana saya buat sekarang ini dilaman saya, tapi berapa ramai yang bercakap berasaskan pengetahuan yang mereka pelajari. Ianya sama seperti ceramah beberapa bulan lepas mengenai keburukan AES walhal sistem itu bertujuan untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya yang kita sendiri pun tahu tiap-tiap tahun ada sahaja kemalangan ngeri berlaku di Malaysia, walhal jalan raya diiktiraf antara yang terbaik di Asia.

    Harap sistem politik di Malaysia makin matang, bukan makin lompang.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan