• Ibu Bapa juga boleh jadi punca maksiat berleluasa




    Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera,

    Punca masalah daripada kelahiran bayi luar nikah yg banyak di Malaysia salah satunya adalah ibu bapa terlalu berkeras dgn anak2 dan langsung tak mahu dibawa berbincang dengan anak2 mengenai isu sebegini. Kalau dibincangkan, mulalah kata gatal segala macam.

    Dah lumrah manusia utk hidup berpasangan, sepatutnya ibu bapa harus terbuka dlm isu ini supaya tidak berlaku hal yang lebih teruk lagi. Pilihlah sendiri, kahwin yang dah tentu halal atau maksiat yg akn menjurus kepada perkara yg lebih mengerikan. 


    Bila si anak mengajak ibu bapa berbincang mengenai isu kahwin dan juga cinta, ambillah masa untuk mendengar, jangan terus dibangkang kerana remaja sifatnya cepat memberontak. pada siapa lagi si anak mahu mengadu kalau bukan pada ibu bapa. Tapi kalau dah ibu bapa pun 'tak professional', jadi bersedialah dengan tindakan yang sama daripada si anak. 

    So, dont just simply said that we are teenagers wrong everything that we say. This is not a world that olders knows everythings.. :)

    Apa2 pun, pada zaman ini, duit dan harta tu bila2 boleh cari, tp kalau dah terlanjur, sesal tak terperi.


    P/s : apa2 pun, agamalah yg perlu diutamakan dlm setiap urusan.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan