Merit vs Peluang

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua

Bayangkan jika orang Melayu hanya dinilai berdasarkan merit, sama seperti kaum-kaum lain, agak-agak, ada tak orang Melayu yang berjaya sekarang ini? Orang Melayu tidak sedar yang sebenarnya sejak lahir mereka telahpun diberikan 'tongkat' sejak lahir, tetapi bila dah berjaya, mereka lupa diri dan mahu 'tongkat' itu dibuang kerana mereka rasa mereka dah cukup yakin berdiri sendiri.

Baiklah, kita lupakan seketika mereka yang mampu, bagaimana pula orang Melayu yang tak mampu yang berada di luar bandar dan miskin bandar tu? Takkan yang 'tongkat' itu dibuang hanya kerana segelintir sahaja orang Melayu yang mewah?


DEB yang gagal nak capai sasaran untuk 30 % orang melayu yang berjaya dari segi ekonomi pun dikatakan tidak rasional oleh golongan Melayu lupa daratan, apatah lagi usaha-usaha lain untuk bantu tingkatkan ekonomi orang Melayu? Itu belum lagi kira pendapat dari pelampau kaum lain yang saban hari makin mendesak agar tongkat ini dihapuskan dan alam masa yang sama mahu lebih bantuan untu kuam mereka juga (bukankah itu tongkat jgak?. Kalau dah dalam kaum sendiri pun dah ada parasit, jgn haraplah bangsa sendiri nak maju.

Oleh yang demikian, orang Melayu harus diberi peluang selain merit untuk sama berjaya dengan kaum-kaum lain. Tak ramai orang mampu dari segi ekonomi, kalau dah ruang ini pun ditutup, jgn salahkan kerajaan kalau ramai orang Melayu hanya menjadi mat rempit, penagih atau pengedar dadah ataupun lain-lain akibat desakan hidup.

Maka satu lagi peribahasa melayu yang akan menjadi jelas menggambarkan orang Melayu, iaitu seperti melukut di tepi gantang, hanya mengharap nasib ihsan pada orang lain yang sudi membantu sahaja.


- Abstrak daripada Bicara Minda Tun Dr. Mahathir bin Mohamad anjuran Sinar Harian


EmoticonEmoticon