Victoria Institution Sebagai 'Mission School'?




Saya tertarik untuk mengulas isu ini hari ini memandang ianya keluar sebagai berita utama muka hadapan akhbar Inggeris, The Star hari ini. Sebagai salah seorang daripada alumni sekolah elit ini, saya merasakan fakta yang dikemukakan oleh akhbar tersebut kurang tepat yang menyatakan VI sebagai sebuah sekolah 'missionary' atau lebih tepat, sekolah mubaligh.

Sepanjang pengetahuan saya, VI yang ditubuhkan pada 1893 diasaskan oleh Sultan Abdul Samad, Loke Yew, Yap Kwan Seng, Thamboosamy Pillay dan mendapat sokongan daripada Kolonial British untuk menubuhkan sebuah Sekolah Inggeris Perdana untuk lelaki di Kuala Lumpur. Nama 'Victoria Institution' diberikan sempena Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Ratu Victoria dengan dana lebihan sambutan majlis itu di Malaya disalurkan untuk penubuhan sekolah ini.




Saya rasa, ini bukan kali pertama pihak akhbar salah melaporkan fakta membabitkan sekolah premier ini. Terdahulu, akhbar melaporkan bahawa VI diisytihar sekolah inggeris tertua di Malaysia bersempena pengisytiharan Bangunan VI sebagai bangunan warisan sejarah, walhal fakta sebenarnya sekolah yang tertua di Malaysia adalah Penang Free School pada tahun 1816.



Victorians (Gelaran untuk pelajar VI) tidak pernah menyatakan bahawa VI adalah sekolah tertua di Malaysia, tetapi berbangga dengan legasi yang diwarisi sekolah sejak seabad lalu. Banyak peristiwa penting negara berlaku di VI yang membolehkan VI mendapat status warisan negara antaranya Penyerahan Kalah Jepun kepada British di Malaya dan barisan Alumni VI yang disegani di peringkat dunia.


Blok E (Blok Utama) Victoria Institution
Oleh yang demikian, VI bukanlah sekolah mubaligh tetapi sekolah inggeris yang ditubuhkan. Masyarakat harus faham bahawa sekolah mubaligh adalah sekolah yang ditadbir oleh atau ada kaitan dengan agama kristian dan kebiasaannya pada identiti mereka terdapat perkataan spt "Convent', 'Saint', 'La', "Methodist', 'Anglo-Chinese' dan kebanyakan mereka mempunyai gereja sendiri. Di VI tidak ada gereja, malah ada Surau Besar lagi dihadapan Blok E VI sekarang, malah pengetuannya selepas zaman merdeka kebanyakannya daripada Orang Melayu Islam. 

VI adalah sebuah sekolah inggeris premier, bukan sekolah mubaligh mahupun sekolah inggeris tertua di Malaysia.

4 comments

Biasa la akhbar klau dah x de point, die wat point~

Tu la, at least study la dulu, jgn simply letak je logo kat akhbar tu...

BRO PUN OLD BOY VI/VICTORIAN KA? SAYA PUN OLD BOY GAK..BE YET WISER! LAMA SUDA KA? BRO MUNGKIN OTAI SAYA LA KOT?

SAYA KELUARAN THN 1987! DAH LAMA X SINGGAH KAT SANA-PAVILLION DSBNYA..SEBELAH STADIUM KLAU ADA SPORT MEET SEKOLAH LAIN KAT SITU LEER..PONTENG! OK SELAMAT!

Kalau Bro tahun 1987, sy 20 tahun selepas itu.. tahun 2008.. Nice to meet u, super senior..:)


EmoticonEmoticon