• Adam Adli : Ikon Mahasiswa Baharu?

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, semua.


    1. Pertama sekali, ingin saya tegaskan bahawa saya bukanlah blogger yang dibayar oleh mana-mana pihak sama ada di sana atau disinun untuk bercerita tentang Adam Adli ini. Jauh sekali menyokong mana-mana pihak membabi buta mcm yang dilakukan oleh penyokong-penyokong 'tegar' mana-mana pihak. Oleh yang demikian, apa yang dipaparkan di sini merupakan pandangan peribadi semata-mata.

    2. Kebelakangan ini, nama Adam Adli disebut-sebut dalam media terutama media alternatif dan dijulang 'keberaniannya' memperjuangkan kebebasan akademik dan juga AUKU.

    3. Sedikit mengenai Adam Adli yang dipaparkan di media, berusia 23 tahun dan berasal daripada Penaga, Pulau Pinang, merupakan pelajar TESL dari UPSI. Jadi bila sebut tentang UPSI, sudah semestinya akan menjadi guru dan akhirnya bekerja dengan kerajaan juga yang kini lantang ditentang oleh beliau melalui medium jalanan yakni demostrasi.

    4. Kebebasan akademik dan berpolitik? Bagi saya, jika saya lihat caranya memperjuangkan sesuatu, saya tak nampak pun beliau benar-benar bebas dari pengaruh mana-mana pihak. Malah, taksub sangat dengan pihak yang belum tentu lagi benar dan juga bebas dari masalah politik dan juga peribadi. Buktinya, laman twitter dia yang begitu taksub dengan pemimpin ini dan juga gambarnya. :-

    Twitter Adam Adli






    Twitter Pemimpin Politik pihak sinun :-

















    Hubungan 'intim' dia dan DSAI amat diragui bagi seorang yang bergelar bebas ini


    5. Apakah ini yang digambarkan bebas? Jika bebas, dia akan berhubung dengan mana-mana pihak tanpa prejudis dan juga menghormati semua pihak dalam perjuangan. Malah, dia tidak hanya sekadar berpidato dengan Ketua Pembangkang, tapi dengan Perdana Menteri dan juga anak-anak buah Perdana Menteri jika dia berani. Tapi malang, dia hanya berani berpidato dengan pihak sinun sahaja, bukan dengan pihak sana sekali.

    6. Kesantunan / akhlak Adam Adli? Lihat sahajalah daripada twitter dia :-







    Apakah ini idola siswa yang kita cari? Anda nilailah sendiri.

    7. Sensitiviti dan norma perjuangan? Tidak peka dan sangat mudah dipengaruh. Orang lain angkat lilin, dia pun angkat lilin. Budaya mana dia ciplak nak perjuangkan sesuatu mesti angkat lilin. Dalam Islam, tak pernah pun mengangkat lilin sebagi instrumen perjuangan, kalau ada pun pedang, kuda dan alatan perang. Itupun Allah kenakan peraturan yang sangat ketat, tak boleh bunuh dan rosakkan sebarangan. Buktinya :-

    8. Bagi saya, Adam Adli bukanlah satu idola yang baik untuk diangkat sebagai idola mahasiswa. Pertama adalah pembawakan dirinya yang tak mencerminkan seorang yang berakhlak baik dan juga hormat orang lain melalui cara perjuangannya dan juga twitter dia. Kedua, dia berat sebelah dan cakap tak serupa bikin, kata bebas, tapi sebenarnya terikat dengan pihak lagi satu tanpa disedari. Ketiga, tidak sensitif dengan nilai agama. Angkat lilin itu bukan budaya Islam, sahabatku. Itu budaya agama lain.

    9. Siapa Adam Adli nak mengkritik kerajaan? Pernah ke dia jadi Perdana Menteri?? Pernah ke dia jadi Menteri Kabinet?? Adam Adli bercerita seolah-olah dia tahu segala-galanya. Walhal, semua cerita itu datang daripada sumber yang belum tahu kesahihannya. Baru di bangku IPT, sudah tahu menghukum kerajaan dan juga mengajar mana satu baik dan buruk seolah-olah dia tahu segala-galanya. Apakah ini bakal pemimpin dan cikgu yang kita cari-cari? Fikir-fikirkan.

    10. Saya bukanlah nak tunjuk bagus pun, tetapi sebagai mahasiswa, kita patut sedar di mana diri kita. Saya anak Melayu, dan saya sedar selama ini kerajaan dan buat yang sehabis baik untuk membantu anak-anak Melayu seperti saya untuk maju dalam pelajaran dengan pelbagai bantuan dan juga kemudahan. Saya bersyukur dengan nikmat Allah yang diberikan melalui ihsan Kerajaan Malaysia.

    11. Dalam perjuangan, kita patut berfikir secara rasional, bukan hanya nilai keburukan sahaja, tetapi kebaikan yang orang beri pada kita. Barulah perjuangan kita dilihat rasional dan kena pada tempatnya. Ini tidak, asyik nilai keburukan sehingga menimbulkan kebencian membuak-buak. Lebih memburukkan keadaan, mereka ini tidak sedar yang mereka sedang menari mengikut rentak alunan seruling pihak satu lagi..haih, mlg nasib kome, yob.

    12. Sebagai pemimpin / orang yang ingin tegakkan sesuatu, jagalah akhlak. Sedar atau tidak, mereka inilah yang diperhatikan dan dinilai akhlaknya. Nabi Muhammad SAW berjaya mengembangkan Islam kerana kemurnian akhlak Baginda. Inilah contoh pemimpin dan ikutan sepatutnya sepanjang zaman, dihormati dan disayangi para sahabat serta ummat, serta dihormati dan digeruni lawan.

    13. Hormatlah orang lain sebelum mengharapkan orang lain hormat diri sendiri dan perjuangan anda. Menurunkan bendara PM itu satu perbuatan yang sangat biadap bagi saya dan juga rakyat Malaysia. Sedar atau tidak, DS Najib pemimpin yang mendapat mandat rakyat, undi rakyat. Jadi perbuatan dia itu mencetuskan kemarahan sebilangan besar rakyat Malaysia yang mendapat nikmat hasil kecekapan kerajaan kini. Tambah mengeruhkan keadaan, dia menurunkan bendera PM / Presiden UMNO di tempat UMNO sendiri. Tak hairanlah kenapa orang begitu marah kepada dia.

    14. Pesanan saya buat Sdr Adam Adli, fikirlah dahulu sebelum bertindak. Allah SWT kuriakan akal untuk menilai setiap perkara kita lakukan. Hormatlah orang dalam berjuang. Benci manapun kita pada seseorang, janganlah kita zahirkan secara terbuka sehingga menafikan perkara yang baik orang lain buat pada kita. Sebagai anak Melayu, kita harus sedar, kita ini dilindungi hak kita oleh kerajaan melalui perlembangaan yang didesak untuk dimansuhkan keistimewaan itu oleh pihak satu lagi, apakah kita ini masih lagi lena dibuai mimpi Malaysia baru yang dicanang oleh pihak yang belum pasti mendatangkan kemakmuran..

    Terima kasih...

    Idham Mahdi,
    UTM International Campus, Kuala Lumpur.

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan