• Panglima = Pedang, Blogger??

    Assalamualaikum dan salam hormat kepada rakan-rakan yang saya amat kasihi.

    Bertemu kembali dalam ruangan maya ini dan selamat datang ke teratak saya. Saya amat mengalu-alukan kehadiran anda semua ke teratak saya. Maaflah, saya tidak sediakan air pun, maklumlah, teratak bujang la katakan.

    Maaflah, minggu ini saya memang agak sibuk sedikit untuk tulis blog untuk tatapan semua, tapi alhamdulillah, saya diberikan sedikit ruang untuk menyatakan buah fikiran saya. Pada minggu ini, saya terfikir kata-kata yang menyatakan, jika panglima ada pedang, kita pula, para blogger ada ketajaman minda...

    *Kegagahan panglima perang memang tidak dapat disangkal lagi, tetapi masihkah ada org berperang guna pedang lagi sekarang??


    Wah, hebat bebenor kan kata-kata itu?? Hahaha... Bagi saya, ada benarnya kata-kata tue. Mana tidaknya, hari ini, hampir semua orang tahu menggunakan IT. Tidak kiralah sama ada nelayan di laut, orang kaya di kota, pesawah di sawah padi mahu pun anak-anak cilik berusia 4 tahun sudah pandai menggunakan komputer. Malah kalau tidak melampau, monyet pun dah tau guna komputer... (Hurm, monyet?? Agaklah...)..Hahaha...


    Baiklah.. Pada hari ini saya nak menceritakan bagaimana seorang blogger boleh menjadi seperti panglima perang. Jika panglima perang itu, berperang dengan menggunakan pedang, kita pula para blogger menggunakan ketajaman akal fikiran kita. Nikmat yang diberikan Allah SWT tidak seharusnya disia-siakan begitu sahaja. Namun, setelah kita diberi ruang untuk menggunakan ketajaman fikiran kita, jgn pula kita kufur dengan nikmat yang diberikan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dengan menyebarkan fitnah dan juga menimbulkan hasad dengki dan benci

    Blogger, adalah salah satu sumber alternatif untuk masyarakat kini mengetahui isu semasa. Malah, saya yakin kebanyakkan pemimpin kita dan juga antarabangsa mempunyai blog mereka tersendiri untuk menyampaikan maklumat terbaru mengenai pentadbiran, mahupun diri sendiri. Malah, dunia tanpa sempadan ini memaksa kita semua agar tidak ketinggalan untuk mengetahui maklumat terbaru, atau jika tidak, kita akan digelar lampi atau orang zaman batu....

    Hurm, blogger sangat hebat. Mereka mampu mempengaruhi minda pengikut mereka dengan menyebarkan ideologi-ideologi yang mampu diterima oleh umum. Alah, kira macam propaganda Jepun la nak tawan Malaya dulu. Hehehe... Kalau Jepun menyebarkan poster dan slogan, Asia untuk Orang Asia, para blogger pula ada sahaja agenda bagi menarik perhatian para pengikutnya... Hahaha.. Itulah hebatnya blogger.

    Untuk pengetahuan juga, blogger sangat-sangat ditakuti oleh orang yang berpengaruh atau orang yang memerintah di atas sana... Eh, bukan kerajaan langit yg diketuai ayah pin la, maksud saya pemimpin-pemimpin dunia. Bukan apa, blogger mampu menggugat pengaruh mereka dengan ketajaman idea penulisan mereka. Mereka sedar, zaman kini bukan seperti zaman nenek moyang mereka di mana bila mereka sogok sahaja sesuatu benda yang menarik, orang akan diam tidak terkata. Mereka sebenarnya telahpun sedia maklum, hasil penulisan mereka inilah yang mampu menunjukkan jalan keluar untuk mereka dalam kerjaya politik mereka atau yang mampu memaku mereka dalam kedudukan mereka sekarang.

    Hebat...hebat.... Tapi ada juga blogger yang bengong dalam menggunakan kemudahan yang diberi dengan menyalahgunakan kemudahan blog ini bagi menyebarkan fitnah dan juga berita-berita palsu. Ha, inilah yang membezakan antara blogger sejati dan juga monyet tadi. Mungkin mereka lebih teruk daripada monyet kot, sbb monyet pun tahu malu dan salah. Hurm, nak cakap macam mana lagi.. Lu dan gua pikir la sendiri....




    *Monyet pun tahu malu... kita??
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan