• KARISMA'11- 1Malaysia bersama Mahasiswa

    1Malaysia - Mahasiswa Pemangkin Pembangunan Negara

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Wallpaper ini saya dedikasikan kepada semua peserta yang menyertai KARISMA '11 di Kem Sg. Merab, Selangor. Memang satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Di sini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Team Karisma JASA yang diketuai Abg Aji dan juga para fasilitator atas semua program yang menarik (Komander Dexal tidak dilupa kot...baling kerusi kat assistant sendiri). Tidak lupa juga kepada pihak Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia, International Campus, Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi Mara, NS kerana memberi peluang dan ruang menyertai program yang sangat bermakna ini.

    Kenapa saya katakan kem ini sangat bermakna. Wah, memang cabarannya agak berat dan juga mesej yang disampaikan cukup padat. Siapa sangka dalam kem ini perlu berjalan sejauh 20km dengan durasi perjalanan 12 jam bagi menyelesaikan tugasan dalam kem ini. Kerana kem ini jugalah saya minum air paip dalam kuantiti yang banyak dan juga sanggup meredah hujan dan panas bagi menyelesaikan tugasan.

    Gimik yang ada sepanjang kem ini serta cabaran tugasannnya memang mencabar. Para fasilitatornya pula rata-rata saya katakan agak cemerlang dan dan mesra peserta. Tidak hairanlah mengapa saya boleh jatuh cinta untuk mengikuti kem ini lagi sekiranya ada peluang dan saya harap saya akan aktif dalam persada KARISMA dan bersama-sama memupuk semangat cintakan negara kepada generasi muda negara kini.

    Kepada semua peserta KARISMA'11, perjuangan kita buka hanya ternoktah di sana sahaja tetapi hendaklah secara berterusan agar wawasan kem ini diadakan tercapai matlamatnya. Semoga memori indah kira bersama di sana dapat memanfaatkan orang yang berada di sekeliling kita.

    ~~GemPuRR!!~~

    Idham Mahdi
    -UTMic, KL-

    p/s : untuk dowload wallpaper kat atas, kunjungi link ini
    http://www.4shared.com/file/236753068/889d85dd/Karisma_11.html

    2) Abg Aji, boleh x jadi fasilitator camp-in Sahabat bersama pelajar sekolah anjuran Jabatan saya bulan Julai nanti?? hehehe

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan