Kenapa Terburu-Buru Melakukan Keputusan

Dewasa ini, banyak jenis skim dan juga pekerjaan yang membolehkan sesorang itu mencari duit atau dalam erti kata yang lain, kaya. Malah, budaya perniagaan sebegitu juga dilihat amat popular sekali terutama sekali di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang. Peserta skim ini juga, hurm, tidak lain dan tidak bukan bangsa saya sendiri, Melayu.

Aduh bangsaku, apa sudah tiada lagi ker cara lain untuk mencari rezeki? Apakah sudah terdesak sangat untuk mencari wang sehinggakan mengambil jalan singkat untuk menjadi kaya. Ingat, duit mudah sahaja keluar, tetapi payah untuk dicari kembali.

Mangsa penipuan perniagaan seperti MLM. Ingatkan jadi kaya, rupanya kayap

Secara jujurnya, saya bukanlah membenci orang yang menyertai skim seperti MLM ataupun skim piramid ini, tetapi saya telah melihat sendiri bagaimana rakan-rakan saya telah ditipu dan dirompak duit mereka oleh mereka yang kononnya ingin membantu mengubah hidup mereka. Malah ditipu bangsa sendiri pula tu. Aduh, malang betul nasib mereka, ingatkan pagar yang akan jaga padi mereka, rupanya makan padi.

Tambah merisaukan saya, budaya ini mula menular di IPTA-IPTA dalam Malaysia. Dan yang lebih menarik, ramai pula peserta skim ini dari kalangan bijak pandai yang bernama mahasiswa ini. Jika dahulu skim yang menggunakan nama skim cepat kaya ini menipu mak cik dan pak cik di kampung, sekarang mereka menipu pula mahasiswa kita pula dengan nama yang terhormat iaitu multi-level marketing (MLM). Ya, bagi mahasiswa yang bergantung kepada duit PTPTN dan juga sentiasa kekurangan duit, mereka pasti akan menyertai skim ini. Maka bergolok gadailah duit PTPTN mereka yang sepatutnya digunakan untuk membeli buku dan juga belanja mereka di campus untuk benda yang belum tentu mendapatkan manfaatnya.

Rakan-rakanku, mahasiswa di IPT, tidak kira di IPTA, IPTS, Kolej mahupun Kolej Universiti, tanggungjawab kita berada di sana bukannya untuk jadi usahawan yang berjaya, malah mak bapak kita pun tidak cakap pun suruh cari duit banyak-banyak sebaliknya mereka berharap kita belajar bersungguh-sungguh dan membawa pulang segulung ijazah. Begitu besar harapan mereka itu, kerana mereka tahu, dunia sekarang mahukan taraf pendidikan yang tinggi sekiranya mahu berjaya.

Saudaraku sekalian, cari duit ini bukanlah satu kerja yang mudah, semuanya perlu usaha yang gigih. Kita ambil contoh pengimpot motorsikal Honda di Malaysia, Tan Sri Boon Siew. Beliau berusaha dari bawah dengan berniaga melalui cara yang betul. Beliau pernah menjadi pencuci kenderaan, menjual basikal dan juga mekanik sebelum berjaya mengumpul duit untuk buka perniagaan motosikal di negara ini. Malah jika kita lihak sekarang, nama beliau diabadikan pada semua motosikal honda di negara kita. Hebatkan beliau? Kenapa bangsa kita tidak mahu ikut jejak langkah seperti beliau? Taksub nak jadi kaya cepat? Rasanya bukan kaya, tapi kayab kut...


Boon Siew bermula dari bawah, MLM??

Saya ingin mengajak saudaraku berfikir sejenak. Jika benarlah orang yang mengajak kamu untuk mengubah nasib hidup kamu itu menjadi baik, adakah hidup dia baik? Adakah dia pakai kereta mercedes sekarang? Pernahkah kamu terfikir secara logik akal kenapa dia susah-susah nak cari kamu untuk mengajak kamu masuk dalam skim pelaburan ini? Sudah pasti ada udang di sebalik batu dalam kisah ini. Aduh, malang, malang. Inilah namanya seperti haruan makan anak.

Berfikirlah secara matang, banyak lagi punca rezeki yang halal boleh diterokai oleh kita, bukan dengan MLM (Mari Lembu Member) ini. Jangan sampai hidup kita dikelilingi musuh pula selepas ini. Jika hendak kaya sekalipun, apa salahnya jika kita berniaga pisang goreng ker, dadih ker, roti ker, kan itu lebih halal dan terjamin masa depannya. Kalau nak melabur pula, masuklah skim yang diiktiraf kerajaan seperti ASB dan juga AS1M. Kan itu lebih baik? Fikir-fikirkanlah...


Rezeki yang halal seperti berniaga Pisang Goreng, nampak hina tapi mulia disisi tuhan berbanding duit yang tidak tahu mana datang sumbernya.


*Penulis adalah Ketua Jabatan Akademik Dan Pengatarabangsaan, Kediaman Siswa Jaya, UTM International Campus, KL dan merupakan pemenang Anugerah Kokurikulum Kebangsaan 2008 serta Anugerah Inovasi Negara 2007. Untuk hubungi beliau, sila hantarkan mel anda di alamat idham.utmic@yahoo.com



2 comments

scam yg terbaru ialah Island Red Cafe (IRC) & Steven's Tea Garden (STG)..dah dikenakan tindakan oleh BNM..sya pn pernah didatangi oleh kwn2 lama utk menyertai pelaburan sebegini..

sebagai ingatan bersama; tidak ada bentuk pelaburan yg memberikan pulanggan yg tinggi dlm masa yg singkat..klu ada, itu namanya SCAM..kalau tidak, banyak dah bank2 dkt malaysia yg akan tutup kerana tiada pendeposit..

ramai bangsa cina yg menjadi kaya dengan memulakan perniagaan secara kecil2an di peringkat awalnya..

salamm...

Terima kasih, Nadri.

Harap rakan-rakanku ambil iktibar dari pengalaman orang lain..


EmoticonEmoticon