• 1Malaysia vs Middle Malaysia vs 1Israel


    Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat bersama-sama meriuhkan dua blog kali ini. Hurm, pada asalnya, memang malas betul nak tulis blog, tetapi setelah dikurniakan hidayah, alhamdulillah, saya menulis juga.

    Kali ini saya ingin menyentuh topik isu semasa. Iye lah, tatkala sibuk dengan tugasan yang menimbun bak gunung kinabalu dan juga pelbagai test dan kuiz, saya sempat juga menonton seketika kaca televisyen. Hurm, minggu ini hangat diperkatakan isu "Middle Malaysia" dan juga 1Malaysia = 1Israel.

    Aduh, tidak habis-habis lagi politikus di negara kita. Sepatutnya, para pemimpin, tidak kira kerajaan mahupun pembangkang menumpukan usaha 100% bagi membela nasib rakyat Malaysia. Bukan bertelagah mengenai ideologi yang hanya menyedapkan hati rakyat sahaja.

    Persoalannya, apakah itu Middle Malaysia? Memetik kata-kata dan penjelasan Guang Eng sendiri dalam Harakahdaily baru-baru ini, yang dimaksudkan Middle Malaysia atau Malaysia Tengah adalah konsep di mana kita bersederhana dalam semua hal. Bukan ektremis. Kita ambil pendekatan pertengahan, tidak melampau.

    Wah, sekali diimbas, semuanya nampak cantik dan molek. Sudah terang-terangan kita nampak disini nampak kekurangan pada konsep baru yang dikemukakan dalam konsep yang dicanang oleh Lim Guan Eng ini. Pertama, jika hendak bersederhana, pastikanlah taraf ekonomi Melayu dan bumiputera seimbang dan setara dengan kaum-kaum yang lain.

    Seperti yang kita sedia maklum, kaum Melayu dan bumiputera jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum yang lain. Jika dasar bersederhana ini diamalkan, maka tidak mustahil kaum Melayu akan lebih tertindas lagi. Kita telah disajikan sejarah Melayu di Singapura, bagaimana kaum Melayu disana disisihkan secara terancang di sana. Mahukah kita menjadi seperti itu? Adalah lebih menyedihkan apabila melihat bangsa sendiri mengemis di tanah air sendiri.

    Yang kedua, kemunculan ideologi DAP ini hadir selepas populariti Malaysian Malaysia terjejas teruk akibat pengenalan konsep 1Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan oleh YAB Perdana Menteri. Bagaikan sudah terhantuk baru terngadah, maka muncullah ideologi-ideologi yang dilihat mampu membela rakyat secara konsepnya, tetapi sebenarnya menekan lagi rakyat. Ideologi yang diutarakan hanya sekadar manisan halwa telinga untuk didengari.

    Baiklah, kita tinggalkan isu Middle Malaysia. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini, Ketua Pembangkang mengutarakan fakta bahawa konsep 1Malaysia yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri merupakan satu konsep serupa dengan 1Israel. Wah, sungguh mudah sekali beliau melontarkan tuduhan serkap jarang itu. Malah, beliau menyatakan bahawa Perdana Menteri turut memberi agensi yahudi yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk merangka konsep 1Malaysia.

    Saya kadang kala amat hairan, mengapa tuduhan serkap jarang ini dibuat secara membabi buta tanpa menilai kewajaran dan ketepatan fakta. Ini sudah menampakkan bahawa pemimpin kita masih belum matang dalam berhujah. Amat malang sekali dalam dunia yang penuh pancaroba dan kompetitif, kita memiliki pemimpin yang hanya tahu menunding jari dan juga melemparkan fitnah tidak tentu hala.

    Semoga pemimpin kita dapat bermuhasabah diri seketika dan renungkan bahaya jika negara kita porak poranda. Salam Perpaduan.

  • You might also like

    2 ulasan:

    1. melayu letinggalan sebab masalah sikap melayu

      BalasPadam
    2. Stuju dgn bro! Mentaliti bangsa kita perlu diubah...

      BalasPadam