Pada 13 Mac 2010, Universiti Teknologi Malaysia melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menganjurkan Malam Pra Graduan 2010 bertempat di Hotel De Palma, Ampang. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar Tahun Akhir diploma sebelum mereka melangkah keluar dari UTM International Campus. Majlis bermula tepat jam 8.30 malam dengan bertemakan "Royal Gala".
Hotel de Palma, Ampang, Selangor
Situasi sebelum Majlis Bermula
Pada awal program ini dijalankan, saya mendapati program ini mendapat kecaman yang amat hebat daripada pelbagai pihak. Hal ini demikian kerana, pada tahun lepas penganjuran MPG, impaknya amat buruk sehinggakan MPG mendapat nama lain seperti Malam Penuh Ghairah. Bagi saya, bukan majlis yang berdosa, tetapi orang yang mengahdirinya yang berdosa kerana berpakaian tidak senonoh.
Bersama kembar nama saya, Wan Muhd. Irfan di Meja John Terry, 26 kot...
Alhamdulillah, untuk MPG kali ini, penyertaan kali pertama saya dibiayai oleh pihak Kolej. Setinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Noh Muhammad Adlan di atas keprihatinan beliau menjaga kebajikan AJK JKM. Saya amat bersyukur kerana dapat bersama-sama bekerja di bawah kepimpinan beliau.
Bersama Ketua Blok B dan juga merangkap Master of Ceremony MPG, Fairuz Al-Hafiz
MPG kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Kampus, Prof. Dr. Hamdani bin Saidi mewakili Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Dr. Zaini bin Ujang. Nampaknya, harapan saya bertemu dengan NC buat kali pertama tidak tercapai kerana beliau tidak dapat hadir dalam majlis ini. Apa-apa pun, majlis tetap diteruskan juga dengan meriah dan lancar.Antara acara yang berlangsung pada majlis itu adalah Pelancaran 'Duta Alumni' dan 'Alumni Awareness Programme for UTM Students' oleh Unit Perhubungan Alumni UTM serta Penyampaian Anugerah Alumni Berpotensi.
Barisan kepimpinan JKM KSJ. Si Jagung tutup muka sebab kantoi kot...Tak pun bersin...
Secara keseluruhannya, program ini tampak berjaya. Antara yang berjaya memukau hadirin yang mengahdiri MPG adalah persembahan dari Kumpulan Ko-Q Koir yang mempamerkan kehebatan vokal pelajar UTMIC (woo, roomate, schoolmate dan coursemate buat persembahan kut) dan juga persembahan tarian moden.
Boyz Gang untuk Koir... Stylo kot roomate saya...
Untuk penganugerahan Sultan of The Nite, tahniah saya ucapkan kepada mantan Presiden JKM KSJ, Saudara Yushanizal yang berpakaian ala-ala Sultan Melaka. Princess of the Nyte, saya tidak kenal (Tu la, sapa suruh tidak popular).
Bergambar bersama Sultan of The Nyte... Hohoho, org kat blakang tu adalah bodyguard dia..
Akhir kalam, setinggi tahniah saya ucapkan kepada Pengelola Malam Pra Graduan di atas kejayaan mereka menganjurkan program sebegini. Bersama tulisan saya kali ini, saya tinggalkan beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa MPG 2010.
Rakan-rakan seperjuangan dalam JKM KSJ...Macam kumpulan nasyid jer...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan