Saya bercerita lagi mengenai kepimpinan. Sebenarnya, saya amat berminat untuk bercerita hal ini kerana saya sedang cuba sedaya upaya mempelajari teknik kepimpinan yang berkesan. Saya amat suka membaca kisah biografi tokoh-tokoh pemimpin terkemuka untuk belajar bagaimana mereka mengamalkan daya kepimpinan dalam tempoh pemerintahan mereka. Dalam mengkaji ramai tokoh pemimpin, saya amat mengkagumi orang yang paling berpengaruh dalam dunia menurut Micheal H. Heart, Nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan pemerintahannya.
Menurut beliau, Nabi Muhammad SAW disanjung bukanlah disebabkan baginda merupakan rasul utusan Allah SWT yang terakhir, tetapi sikap profesional baginda dan juga daya kepimpinan yang tinggi. Hal ini telah dibuktikan melalui penceritaan di dalam kitab suci Al-Quran dan juga catatan sirah Nabi SAW.
Ada benarnya kenyataan beliau jika kita fikirkan sejenak. Bayangkan, seorang manusia mampu mengubah lanskap sosial manusia kepada yang lebih baik. Malah, baginda diutuskan ditengah-tengah masyarakat yang mengamalkan amalan jahiliah yang sangat ekstreme. Bunuh anak perempuan, zina, mabuk, rompak-merompak, tipu menipu dan macam-macam lagi kegiatan buruk yang diamalkan pada zaman itu terpaksa Nabi SAW tempuhi. Namun, semuanya dapat diatasi dengan hanya 23 tahun berdakwah, malah Islam tersebar luas ke serata dunia. Sudah pastinya kejayaan ini, ia memerlukan kesabaran, aturan strategi dan juga ketabahan semasa melaksanakan tugas.
Nabi Muhammad adalah utusan terakhir Allah SWT kepada umat manusia. Baginda adalah role model dan juga contoh bagaimana Islam itu dalam diri seseorang manusia jika diamalkan sepenuhnya. Malah para ulamak mengakui bahawa diri Nabi SAW itu adalah akhlak Al-Quran.
Dalam melaksanakan dasar kepimpinan Nabi SAW, Nabi berpegang teguh pada al-Quran dan Hadis. Walau bagaimana pun, terdapat juga beberapa perkara yang Nabi Muhammad SAW putuskan keputusannya secara musyawarah (bermesyuarat atau perbincangan) dengan para sahabat. Sebagai contoh, Salman Al-Farisi, sahabat Nabi SAW telah mengeluarkan idea semasa Perang Khandak dengan mencadangkan para sahabat yang lain untuk menggali parit untuk memerangkap musuh. Idea ini telah diterima pakai dan telah membawa kemenangan yang besar pada umat Islam.
Di sini dapatlah kita lihat, sungguhpun Nabi itu bersifat maksum (tidak melakukan kesilapan) dan senantiasa menerima wahyu, tetapi Nabi juga mengamalkan sikap keterbukaan dalam melaksanakan perancangan dan juga kepimpinan.
Akhir kalam, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan kembali kepada panduan Quran dan Sunnah dalam melaksanakan kepimpinan kita. Janganlah kita ego dan juga sombong kerana dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata dan kita di sini hendaklah berusaha untuk mencari amalan buat tiket di kita di alam seterusnya.
*Penulis adalah pemenang Anugerah Inovasi Negara 2007 dan juga Anugerah Kokurikulum Lelaki Terbaik Peringkat Kebangsaan 2008, kini bertugas sebagai Ketua Jabatan Akademik dan Pengantarabangsaan, Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa Kediaman Siswa Jaya, UTM International Campus, Kuala Lumpur
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
berbangga jadi umat baginda!
BalasPadamcube tengok sapa no 2 3 4
huhu
Ya Rasulullah
BalasPadamSalam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'
Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang
Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman
Ya Rasulullah ya Habiballah ( 2X )
Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan
Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan
Ya Rasulullah ya habiballah ( 2X )