• Dunia Dah Memang Nak Kiamat!!


    "Bismillahirrahmannirrahim,
    dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,

    sesungguhnya hidup itu InsyaAllah dan mati itu adalah pasti..

    Persoalannya...bersediakah kita?"

    Hai, semua. Ana kembali lagi dengan coretan baru.. Dunia ni pasti akan kiamat. Itu bukannya omong-omong kosong tetapi itulah hakikatnya. Janji tuhan terhadap hambanya. Bagi yang sentiasa beramal soleh dan beribadah, pastinya khabar gembira buat mereka kerana bertemu tuhan mereka, bagi yang sebaliknya, pastinya ia merupakan mimpi ngeri yang mahu dielakkan..

    Saban hari, di dada akhbar menyatakan kiamat akan berlaku pada tarikh sekian, sekian, sekian. Tapi tahukah kita bahawa Allah SWT pernah berfirman dalam surah Yasin, sekiranya Allah mengatakan jadilah, maka jadilah sesuatu itu.. Maka sudah jelas, kiamat itu bakal terjadi bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-Nya. Maha suci Allah mengatur sesuatu kejadian alam itu dengan sempurna.

    Tapi ana kesal dengan sikap segelintir manusia yang hidup seolah-olah tidak akan mati nanti. Enjoy sana-sini, maksiat berleluasa, batas pergaulan dipandang remeh sahaja. Ana bukannya berniat nak jadi hero atau jaguh dalam hal menasihat nie, ana cuma nak jadi lampu isyarat seperti di jalan-jalan. Bagi arahan yang tepat kepada pemandu supaya tidak berlaku kemalangan di simpang jalan.

    Kita lihat saja tanda-tanda sekarang. Tidak perlu menjenguk sampai ke luar sempadan, dalam Malaysia sendiri pun dah cukup. Rasuah berleluasa, fitnah bertaburan, pemimpin bercakaran, masjid lengang pabila tiba waktu solat dan macam-macam lagi. Takkan kita mahu kena bencana baru hendak beringat?? Itu namanya mencabar kekuasaan Allah SWT.

    Oleh yang demikian, ana dengan rasa rendah diri menasihati diri ana dan rakan-rakan bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan. Sempena bulan Allah SWT, bulan Rejab ini, marilah kita mengubah diri kita kepada yang lebih baik kerana sesungguhnya Allah itu maha penerima ampun.

    Alhamdullilah dan wallhuaklam.
  • You might also like

    3 ulasan:

    1. Salam Xerox ~ Kiamat sudah dekat. Bukan omong kosong, tp suatu janji yang pasti. Berpesan2 lah kita kepada kebaikan. Jadilah lampu jalan yang sentiasa memimpin dan penanda aras bagi semua pemandu yg sedang melalui lebuh raya kehidupan ... Sekarang ini dah bnyak lampu merah dilanggar ~~

      BalasPadam
    2. dah banyak juga lampu jalan,aku nak jadi spotlight lah.

      BalasPadam
    3. Wslm wrbh,

      Thankz The Hobbit Frodo,
      Betul tue,
      tu la, patut buat kempen besar-besaran lagi mengenai keselamatan jalan raya..
      Cepuk jer sapa yang x dengar cakap tue...
      Sama juga bila dalam ugama...

      Thankz Rahmat,
      x yah jadi spotlight, jadi lampu kecemasan sudah...hahaha

      BalasPadam