• Hidup ini Ibarat Buih....


    Bertemu kembali.
    Alhamdullilah, ana masih dipanjangkan nyawa untuk menulis demi kebenaran dan menambahkan taqwa di dada. Hari ini ana kerja, rasanya hari kedua terakhir sebelum melangkahkan kaki ke alam siswa di UTM, KL.

    Hari ini, ana ditugaskan menjaga bahagian molecule di Petrosains. Alamak, molecule lagi ker? Ana dah jaga tempat tu pada hujung mggu lepas. Tidak mengapalah, ana terima dengan hati terbuka...

    Kebanyakan masa ana dihabiskan di meja mini science show. Erm, kat situ temanya mengenai bubble.... Bubble? Ala, buih tu la.... Ai, dah besar panjang pun main buih, hahaha... Tidak mengapa, sebenarnya setiap kejadian itu mendekatkan diri kita pada pencipta kita, betul tak?

    Bercakap mengenai buih, ana cuba kaitkan dengan kehidupan ini... Pabila kita tiup air sabun pada acuan buih, maka ia akan menghasilkan buih yang bulat berwarna seakan-akan pelangi.. Subahanallah, maha suci Allah. Kagum betul ana dengan ciptaan dan aturanNya. Walaupun bentuknya ana rasa macam tidak ada apa yang menarik, tetapi ia mampu menakjubkan orang ramai. Kemudian apabila ia menjadi buih, ia terbang ke udara dan beberapa ketika kemudian, ia pecah...

    Begitu juga dengan kehidupan kita, sebelum kita bernyawa, kita akan terbentuk dalam rahim bonda kita dan kemudiannya nyawa ditiupkan dalam jasad kita... Pabila tiba masanya, kita lahir dan hidup sebagai seorang manusia.. Beberapa tahun kemudian, apabila cukup masanya, kita diseru kembali menghadapNya (mati), menghitung amal dan taqwa yang dilakukan...

    Persoalannya kini, adakah kita suduh cukup bekalan untuk bertemu tuhan yang Esa?? Adakah kita yang bakal mendapat tiket eksklusif untuk tinggal di syurga Allah, atau tergelincir ke lurah neraka yang diceritakan dalam Al-Quran teramat ngeri rupanya... Tepuk dada tanyalah diri...

    Sebelum ana menulis artikel ini, ana sempat menjenguk myspace rakan-rakan ana... MasyaAllah, teruk benarnya dunia ini bagi pandangan ana. Sudah tiada maruahkah mereka ini, atau memang terdesak untuk popular. Kalau ya pun, usahlah jual maruah diri yang tidak ada tolok bandingnya berbanding wang. Bagi yang menjaga maruah, ana ucapkan tahniah dan semoga Allah merahmati anda semua.... Ingatlah, hidup ini ibarat buih, pabila tiba masanya akan pecah.... Bersedia atau tidak, pecah saja buih itu.....










  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan