SMT Setapak Tewaskan SMT Kuala Lumpur


“Kedua-duanya beraksi seperti perlawanan akhir bola sepak Piala Liga Juara-juara Eropah, pertemuan antara Manchester United dan Barcelona”


Hari ini, ana telah dijemput oleh pihak sekolah selaku Pemantun Terbaik KL 2008 ke pertandingan akhir Pesta Pantun 2009 di SMT Kuala Lumpur yang menyaksikan pertemuan ulangan final 2008 antara SMT Kuala Lumpur dan SMT Setapak bagi merebut tiket mewakili KL ke Pesta Pantun Piala Sirih Pulang Ke Gangang yang bakal diadakan di negeri penyandang juara, Negeri Sembilan.

Pendapat ana mengenai pertandingan ini pastinya menjanjikan aksi yang menarik. SMT Setapak yang tewas dalam pertemuan pertamanya dengan SMT Kuala Lumpur di SMK Wangsa Melawati tahun lepas pastinya ingin menebus kekecewaan itu. SMT Kuala Lumpur juga sudah pasti ingin mempertahankan tahta yang mereka peroleh pada tahun lepas.

Sebagai bekas ketua pasukan KL tahun lepas, ana melihat pertandingan ini seperti perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah, pertemuan antara Manchester United dan Barcelona di Rome tahun ini, di mana mengikut teori taktikalnya, siapa yang buat kesalahan, maka pihak lawan akan menang. Ini adalah kerana, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan masing-masing.

Jangkaan ana benar. Kedua-duanya beraksi dengan baik tetapi malangnya pihak SMT Kuala Lumpur melakukan kesalahan terlebih dahulu. Maka peluang itu dimanipulasikan oleh pihak lawan untuk menguasai medan perang. Maka di sini, ana dapat lihat SMT Setapak sudah menang secara teknikal.

Ana memberikan pujian kepada pemantun pertama sekolah ana, Nur Aishah Ramlan kerana berjaya mempamirkan aksi konsisten dalam pertandingan kali ini.

Akhir cerita, SMT Setapak berjaya menumbangkan SMT Kuala Lumpur di laman pihak lawan. Ana mengucapkan tahniah kepada pasukan SMT Setapak terutamanya kepada Encik Bakri kerana memimpin pasukannya untuk kembali merampas tahta nombor satu KL dan juga pemantun terbaiknya Anis Najihah Abu Samah yang menggantikan tempat ana tahun ini. Kepada SMT Kuala Lumpur, kalah tidak bermakna anda tidak bagus, cuma rezeki tidak memihak anda.



EmoticonEmoticon