Perogol Alam


Bukit terus ditarah
Demi nafsu pembangunan serakah
Terluka tapak merah
Umpama kulit dihiris berdarah
Yang diatas terus mewah
Yang dibawah terus dikerah
Sampai mati cedera parah
Hidup merempat tak tentu arah
Hanya kerana hidup nak bertanah

Pabila bumi naik marah
Habis bala turun bersepah
Baru tahu nak menggelabah
Sesal tiada siapa yang endah
Habis rosak dara hijau punah
Perogol alam punya karenah...


EmoticonEmoticon