Aku, Ayah dan Gegar Vaganza


Aku menghabiskan cuti hujung minggu aku bersama keluarga dengan menonton final gegar vaganza di Astro. Bukan apa, saja tgk sbb dah tak ada cerita best hujung minggu.

Spjg program yg dikendalikan oleh Nabil dan Jihan, byk benda yg saya, ayah dan family umpatkan ttg program tersebut.

Abaikan ttg masalah teknikal masa final GV smlm selama 20 minit, kami sekeluarga naik jelak tgk cara program mempromosikan jenama Qu Puteh dan Pamoga tu ha.

Masa tgk AF hari tu, kami ingatkan Dato Aliff Terlajak Laris tu terlalu over, Dr. Vida pengasas qu puteh masya Allah... korg faham2 sendirilah kalau siapa yg tgk final tu.

Setiap kali kalau kamera shoot muka Dr. Vida, dia akan sentuh pipi putih dia dua kali... setiap 15 minit mesti ada... pas tu pujian melambung dr pengacara.. aduhai... promosi berlebihan sbnrnya membuatkan org meluat.

Okay, itu satu hal. Kejutan yg diwara-warakan adalah lamaran artis popular atas pentas. God, jelik sungguh. Baru lamaran abg oii, belum nikah lagi... nak buat smpai atas pentas final gegar vaganza tu apahal? Carilah rancangan H live ke, Meletopp ke nak buat. Rancagan gegar vaganza ni org2 legend yg tgk. So sepatutnya hormatilah.

Ianya seperti program reunion org2 senior, and then suddenly someone dtg dr ceruk dunia mana pi propose kat tgh2 majlis tu tanpa bagi salam. Rasa nak bagi lempang je. Gi buat kat luar majlis la, susun I phone 6 bentuk love dan propose... tak menyusahkan mata org memandang.

Lagi satu hal adalah salah seorang finalis yg melakukan aksi yg cukup x molek bg norma rakyat Malaysia dilakukan di pentas live. Mujur Dato Rosyam tegur beliau walaupun finalis tersebut kata mendapat keizinan drpd suami dan isteri pelakon tersebut.

Sy dan keluarga menonton gegar vaganza sbb minat artis2 lama spt Rahmad, Ayai, Mamat dan lain2.

Apa2 pun tahniah buat Ayai Illusi yg menjuarai program Gegar Vaganza edisi pertama. Tercapai juga hasrat beliau utk menunaikan ibadah umrah dgn isteri beliau.

Mr. I
bikin panas!


EmoticonEmoticon