Jalan Ini


Hatiku berdetik tika memandu
Apakah Jalan yang ku lalui
Laluan yang padu
Menuju Dia yang satu
Atau sesat sudah berbatu
Jalan yang lurus dan liku
Dengan curiga dilalu
Dan kerap kali juga keliru
Mencari jalan Illahi
Berpaksi wasiat Nabi
Moga suatu masa nanti
Jiwa harmoni diabadi
Menghadap Tuhan Rabbul Izzati.


EmoticonEmoticon