Caliph Busker bersama Mojo menerima Anugerah Persembahan Terbaik AJL 2014 |
Menurut Edry, beliau menjumpai kumpulan buskers ini di tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR KL) ketika membuat persembahan dan tertarik dengan lontaran vokal penyanyi utamanya. Beliau sendiri yang menjemput kumpulan busker ini untuk bersama Mojo menyanyikan lagu Romancinta di pentas final AJL 29.
Caliph Busker dianggotai oleh sekumpulan anak muda yang berbakat tetapi OKU Cacat Penglihatan. Percaturan Edry sememangnya cukup bijak. Bukan mudah untuk mengangkat seni tepi jalan ke pentas yang berprestij seperti AJL. Dan kebiasaanya untuk mewakili penyanyi asal ke pentas besar seperti AJL ini, belum pernah lagi ada mana-mana komposer / penulis lirik mengambil mereka yang berada di jalanan untuk mewakili penyanyi asalnya. Paling tidak pun artis percubaan / artis naungan rekod rakaman mereka.
Tindakan Edry ini seharusnya dipuji kerana beliau berjaya meletakkan dua perkara di pentas AJL
1. Menaikkan sebuah kumpulan busker tepi jalan ke pentas berprestij AJL
2. Mengangkat bakat seni OKU ke pentas yang cukup hebat.
2. Mengangkat bakat seni OKU ke pentas yang cukup hebat.
Saya tidak fikir sambutan yang sama akan diterima oleh MOJO jika Aweera menyanyikan lagu ini di pentas akhir, malah kalau kita tengak masa Separuh Akhir Muzik-Muzik pun, lagu MOJO ini bukanlah pilihan utama untuk menang mana-mana kategori, tetapi dengan kehadiran Caliph Busker di pentas akhir AJL bersama Mojo telah mencuri tumpuan umum kepada mereka dan menggondol Anugerah Persembahan Terbaik AJL 29 serta yang lebih penting, Standing Oviation daripada penonton di Stadium dan Rumah juga.
Tahniah Caliph Busker dan Mojo untuk gabungan yang cukup memukau semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan